Rancangan Malaysia Ke-8

(Last Updated On: April 16, 2017)

Laporan ini merupakan pencapaian aktiviti jabatan yang telah dilaksanakan sepanjang Rancangan Malaysian Ke Lapan(RMK-8) mulai tahun 2001-2005. Dalam RMK-8 secara keseluruhanya anggota jabatan telah menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi bagi memastikan objektif jabatan bagi membangunkan sektor penternakan di Negeri Kelantan dapat dicapai.

Pemantauan ke atas  amalan penternakan menunjukkan 70 peratus dari hasil daging lembu dan 97 peratus daripada hasil daging kambing dan bebiri datangnya dari sistem penternakan secara kecil-kecilan, manakala sebanyak 50 peratus daripada hasil daging ayam dan 29 peratus daripada hasil telur ayam adalah dari sistem perladangan kontrak.

Di bawah aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit, Jabatan berdepan dengan cabaran  dalam mengawal dan membasmi Penyakit Kuku Dan Mulut  yang berlaku pada tahun 2002, 2003 dan 2004. Di samping itu, wabak Penyakit Hawar Berdarah juga telah berlaku pada tahun 2003.  Pada tahun 2004, Negara telah dikejutkan dengan kejadian penyakit selsema burung yang pertama kali dikesan di negeri Kelantan.

Jabatan telah menyediakan pelbagai peluang dalam membangunkan modal insan di kalangan pegawai dan kakitangan serta pelanggan Jabatan melalui pelbagai kursus, bengkel dan seminar yang dianjurkan.

Di bawah program meningkatkan kualiti perkhidmatan, Jabatan telah memenangi pelbagai anugerah di sepanjang tahun 2001 hingga 2005, terutamanya dalam aktiviti kumpulan meningkat mutu kerja dan juga penyertaan di dalam anugerah pengamatan inovasi dalam perkhidmatan.

VISI JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN
Industri ternakan menjadi komersil dan bersepadu sepenuhnya, yang mengeluarkan makanan yang berkualiti dari hasilan ternakan bagi mencapai saradiri Negara dan eksport.

MISI JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN
Kami komited kepada pertumbuhan industri haiwan yang mantap bagi membekal makanan yang bermutu dan selamat dari hasil ternakan untuk kegunaan dalam negeri dan eksport dengan menyediakan perkhidmatan veterinary yang berkualiti dari individu yang bermotivasi, mahir dan kreatif.

OBJEKTIF JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN

  • Untuk mengawal, mencegah dan membasmi penyakit haiwan
  • Untuk menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan industri ternakan yang mapan
  • Untuk menjamin makanan dari hasil ternakan selamat dan sesuai untuk makanan manusia.
  • Untuk menggalakkan pertumbuhan dan kemajuan industri makanan ternakan.
  • Untuk menjamin kebajikan dan kesejahteraan semua ternakan.

PELANGGAN JABATAN
Secara umumnya, pelanggan Jabatan terbahagi kepada tujuh golongan, iaitu :

  • Penternak dan pengeluar ternakan
  • Pedagang ternakan dan hasilan ternakan
  • Pemilik haiwan
  • Pengguna bahan ternakan
  • Agensi-Agensi Kerajaan
  • Agensi-agensi antarabangsa
  • Stakeholders yang lain.

PRESTASI HASIL 2001-2005

HASIL NEGERI 2001-2005

Secara keseluruhannya dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-8 (2001-2005) Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah berjaya menyumbang hasil kepada kerajaan negeri  sebanyak RM 5,140,037.74 .kadar pungutan hasil meningkat dari setahun ke setahun dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-8 dengan kadar pertambahan sebanyak 8.34 % setahun.Pada tahun 2001 sebanyak RM 862,275.87 telah berjaya dipungut dan meningkat kepada RM1,221,786.24 pada tahun 2005.

Jadual : Pungutan Hasil Negeri 2001-2005
Carta Turus: Pungutan Hasil Negeri 2001-2005

 

HASIL PERSEKUTUAN 2001-2005

Manakala hasil kerajaan Persekutuan secara keseluruhannya dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-8 (2001-2005) telah merosot secara ketara sebanyak 11.96 % setahun. Jabatan Perkhidmatan Veterinar hanya telah berjaya memungut hasil  kerajaan persekutuan  sebanyak RM 428,265.46. Pada tahun 2001 sebanyak RM107,041.66 telah berjaya dipungut dan merosot setiap tahun kepada RM 43,045.20 pada tahun 2005.

Jadual : Pungutan hasil Persekutuan 2001-2005

 

Carta Turus: Pungutan Hasil Persekutuan 2001-2005

 

PRESTASI PENGURUSAN KEWANGAN 2001-2005

1. PERUNTUKAN MENGURUS NEGERI

Dalam tempoh Rancangan Malayisa Ke Lapan Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menerima sebanyak RM 22,2,84,893 peruntukan mengurus dari Kerajaan Negeri. Peruntukan Kerajaan Negeri bertambah pada setiap tahun seiring dengan peningkat kos pengurasan jabatan. Secara keseluruhnya prestasi perbelanjaan peruntukan mengurus adalah sangat baik dengan kadar purata perbelanjaan sebanyak 93.42 % setahun.

Jadual : Prestasi Perbelanjaan Peruntukan Mengurus Negeri 2001-2005

 

Carta Garis : Prestasi Perbelanjaan Peruntukan Mengurus Negeri 2001-2005

 

Secara purata perbelanjaan peruntukan mengurus negeri dalam Rancangan Malaysia Ke Lapan adalah sebanyak 92.73 %. Peratus. Perbelanjaan tertinggi adalah pada tahun 2004 iaitu sebanyak 99.50 % dan perbelanjaan yang terendah adalah pada tahun 2005 iaitu sebanyak 89.35 %.

Carta turus : Peratus Perbelanjaan Peruntukan Mengurus Negeri 2001-2005

 

2. PERUNTUKAN PEMBANGUNAN NEGERI

Secara keseluruhannya sejumlah RM 9.0 juta peruntukan pembangunan diperuntukan oleh Kerajaan Negeri Kelantan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-8 dan sebanyak RM8,821,002.81 atau 98.01 peratus telah dibelanjakan.

Jadual : Jumlah Peruntukan Pembanguan Negeri 2001-2005

 

Carta turus : Prestasi Perbelanjaan Peruntukan Pembanguan Negeri 2001-2005

 

PERUNTUKAN PERSEKUTUAN 2001-2015

Sebanyak RM 3,725,242.60 peruntukan mengurus telah diterima dari Kerajaan Persekutuan dalam Rancangan Malaysia ke-8. dari jumlah tersebut sebanyak RM 3,422,325.08 atau 92.3 % telah dibelanjakan.

Jadual : Peruntukan Mengurus Persekutuan 2001-2005

 

Carta garis : Prestasi Perbelanjaan Peruntakan Mengurus Persekutuan 2001-2005

 

Secara purata perbelanjaan peruntukan mengurus persekutuan dalam Rancangan Malaysia Ke Lapan adalah sebanyak  92.72 %  . Perbelanjaan tertinggi adalah pada tahun 2003 iaitu sebanyak 99.35 % dan perbelanjaan yang terendah adalah pada tahun 2004 iaitu sebanyak 86.00 %.

Carta garis : Peratus Perbelanjaan Peruntukan Mengurus Persekutuan 2001-2005

 

STATISTIK TERNAKAN 2001-2005

Dari segi perangkaan banci tahunan dari 2001-2005 menunjukkan berlakunya penurunan pada populasi ternakan kecuali lembu tenusu yang menunjukkan peningkatan.

Populasi lembu pedaging Negeri Kelantan dalam tempoh Rancangan Malaysia ke Lapan telah menurun dengan kadar  0.9 % setahun dari tahun 118,626 ekor pada tahun 2001 kepada 113,080 pada tahun 2005.Secara amnya penurunan populasi ini disebabkan oleh kadar penyembelihan yang tinggi.

Populasi daging ayam mengalami perubahan yang ketara,meningkat sebanyak 56.15 % dari tahun 2001 kepada 2002 dan terus menurun pada tahun berikutnya dengan kadar 12.65 %.

Jadual 01 : Banci Ternakan Negeri Kelantan 2001-2005

 

Carta garis : Perubahan populasi lembu,kerbau dan lembu tenusu Negeri Kelantan 2001-2005

 


Carta garis : Perubahan populasi kambing dan bebiri Negeri Kelantan 2001-2005

 

Carta garis : Perubahan populasi ayam pedaging Negeri Kelantan 2001-2005

 

Carta garis : Perubahan populasiitek dan puyuh Negeri Kelantan 2001-2005

 

 

PENGELUARAN KOMODITI UTAMA NEGERI KELANTAN 2001-2005

Dalam Rancangan Malaysia Ke Lapan( 2001-2005) Pengeluaran komoditi ternakan Negeri Kelantan sebanyak 171,097.91 tan metrik. Secara keseluruhannya daging ayam adalah penyumbang tertinggi kepada pengeluaran komoditi ternakan Negeri Kelantan iaitu sebanyak 82 % atau sebanyak 140,784.11 tan metrik. Pengeluran daging lembu ditempat kedua sebanyak 8.4 % atau sebanyak 14,447.98 tan metrik.

Pengeluaran telur ayam/itik sebanayk 8.1 % atau 13,872.07 tan metrik diikuti oleh susu segar 0.7 % dan daging kambing 0.5 %.

Jadual : Pengeluaran Komoditi ternakan 2001-2005(TM)

 

Carta pie : Peratus Pengeluran komoditi ternakan Negeri Kelantan 2001- 2005

 

Pengeluaran komoditi daging lembu dalam tempoh  Rancangan Malaysia Ke Lapan( 2001-2005) bergerak dalam jajaran mendatar dengan pengeluaran tertinggi pada tahun 2002 sebanyak 3,223.97 tan metrik dan pengeluaran terendah pada tahun 2003 sebanyak 2,354.28 tan metrik. Jurang perbezaan pengeluaran adalah 869.69 tan metrik atau 26.98 %.

Carta turus: Pengeluaran Daging lembu /kerbau 2001-2005

 

Carta turus : Pengeluaran Daging Kambing/bebiri 2001-2005

 

Carta turus : Pengeluaran Daging Ayam 2001-2005

 

Carta turus : Pengeluaran Telur 2001-2005

 

Carta turus : Pengeluaran susu segar 2001-2005

 

 

Jadual : Nilai Pengeluaran Komoditi Ternakan Negeri Kelantan 2001-2005(RM-juta)

 

Carta turus : Nilai Pengeluaran Daging lembu/Kerbau 2001-2005(RM)

 

Carta turus : Nilai Pengeluaran Daging Ayam 2001-2005(RM-juta)

 

Carta turus : Nilai Pengeluaran Susu Segar 2001-2005(RM)

 

Penggunaan daging lembu/ kerbau dari tahun 2001 hingga 2005 secara keseluruhan telah menurun dengan kadar purata 3.1 peratus. Dari segi penggunaan perkapita juga turut menurun dengan kadar purata 2.96 % setahun.Walau bagaimana pun tahap sara diri telah meningkat secara purata sebanyak 7.12 % setahun.

Jadual ; Penggunaan Daging Lembu/Kerbau Negeri Kelantan 2001-2005

 

Carta turus : Penggunaan Daging/Lembu Kerbau 2001-2005

 

Carta turus : Penggunaan Perkapita Daging/Lembu Kerbau 2001-2015

 

 

PROGRAM DAN AKTIVITI PEMBIAKAN DAN PEMBAKAAN

Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-8 (2001-2005) sebanyak 27,748 suntikan Permanian Beradas telah dijalankan keatas lembu dan kambing di seluruh Negeri Kelantan. Sebanyak 7,934 induk lembu telah menjalani pemeriksaan kebuntingan.Manakala 698 ekor lembu,kebau dan kambing pula dijalankan pemeriksaan dayabiak.

Jadual : Aktiviti dibawah Program Pembiakan dan Pembakaan 2001-2005

 

Carta turus : Bilangan Suntikan Permanian Beradas 2001-2005(kes)

 

Carta turus : Bilangan pemeriksaan dayabiak 2001-2005(ekor)

 

Carta turus : Bilangan Pemeriksaan kebuntingan 2001-2005(ekor)

 

PENCAPAIAN PROGRAM KAWALAN PENYAKIT

Dalam program kawalan Penyakit Haiwan Kebangsaan(PKPHK) penyakit terbahagi kepada
  • Penyakit berkepentingan Perdangangan
  • Penyakit berkepentingan kesihatan awam/zoonotik
Aktiviti Kawalan dan pencegahan penyakit yang dijalankan adalah:-
  • Suntikan pencegahan dan pelalian penyakit Kuku dan Mulut,Penyakit Hawar Berdarah di jajahan dan daerah yang berisiko tinggi.
  • Menjalankan ujian saringan penyakit Brucelosis pada ternakan untuk tujuan pembiakan, penggemukan dan ternakan yang akan dipindah keluar dari NegeriKelantan.
Jadual : Bilangan suntikan pelalian Penyakit Kuku dan Mulut 2001-2005

 

Carta turus : Bilangan suntikan pelalian Penyakit Kuku dan Mulut 2001-2005

 

LAPORAN KEJADIAN WABAK PENYAKIT KUKU DAN MULUT 2002

 

LAPORAN KEJADIAN WABAK PENYAKIT KUKU DAN MULUT 2003

 

LAPORAN KEJADIAN WABAK PENYAKIT KUKU DAN MULUT 2004

 

Carta turus : Bilangan suntikan pelalian Hawar Berdarah 2001-2005

 

PROGRAM ANTI RABIES 2001-2005

Jadual : Aktiviti dibawah Program Anti Rabies 2001-2005

 

Carta turus : Jumlah pelesenan anjing 2001-2005

 

Carta turus : Jumlah pemusnahan anjing 2001-2005

 

Carta turus : Jumlah suntikan pelalian Anti Rabies 2001-2005