Top 3 Projek Terbaik Dari Veterinar Jajahan

 TOP 1 PROJEK TERBAIK JAJAHAN PASIR PUTEH 2018

Nama Projek : Penternakan Lembu Tenusu
Kelulusan : SPM
Pengalaman : 32 Tahun

Latarbelakang Pengusaha

Nama Pengusaha : Ibrahim bin Ghani
Status : Berkahwin
Pekerjaan : Penternak Tenusu
Moto : Istiqomah
Keluasan Ladang : 11 ekar
Tarikh Mula Projek  : 1985
Modal Permulaan : RM 10,000.00

Latarbelakang Projek

TAHUN PERISTIWA
1985 Mula menternak lembu tenusu sebanyak 3 ekor di Kampung Tini, Kota Bharu
1989 Berhijrah ke Kg Sungai Durian, Pasir Puteh dan mula meneroka tanah rizb haiwan bagi tujuan menternak lembu tenusu dan lain-lain ternakan.
1990 Jabatan telah memberi kawasan tanah rizab haiwan 10 ekar bagi tujuan penternakan lembu tenusu dengan 4 ekor induk.
2002 Membuat pinjaman modal sebanyak RM 20,000 dengan Bank Pertanian bagi menambah induk lembu tenusu
2004 Jumlah populasi ternakan tenusu telah meningkat ekor kepada 25 ekor
2014 Jumlah induk/bibit tenusu telah meningkat kepada 20 ekor dengan pengeluaran susu 23,104 liter setahun.
2016 Pengeluaran susu setahun telah meningkat 15.93%  kepada 39,850 liter

Alamat Ladang : Ladang Berkelompok Tenusu Sungai Durian 16800 Pasir Puteh
Bidang Usaha Utama : Menternak Lembu Tenusu
Bidang Usaha Sampingan : DIY Permanian Beradas

PENGIKTIRAFAN PROJEK 

  1. Peserta Koloni Tenusu Ngeri Kelantan
  2. Ladang ini telah menyumbang 65 % pengeluaran harian susu lembu dalam Jajahan  Pasir Puteh  (25,164 liter ) dan sumbangan sebanyak 20.68 % peringkat negeri Kelantan.
  3. Program ladang bebas brucellosis 2018. 

HALATUJU PROJEK 

  1. Mewariskan projek kepada pelapis keluarga
  2. Menjadi penternak komersil lembu tenusu
  3. Menghasilkan produk IATn berasaskan susu 

PEGAWAI PEMBIMBING 

Nama : Pn Maznizzalizam bt Ahmad
Jawatan : Penolong Pegawai Veterinar G 29
Tempoh Perkhidmatan : 7 tahun 4 bulan
Tarikh Mula Bertugas : 26 Feb 2011
Tahun Berkhidmat : 2011
Stesen Bertugas : Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan Pasir Puteh

 Penutup

Penternakan lembu tenusu merupakan satu usaha yang boleh menjana pendapatan kepada pengusaha secara berterusan dan dapat menjamin kelangsungan hidup bagi mereka yang isthiqamah dan ingin berjaya.

 

TOP 2 PROJEK TERBAIK JAJAHAN PASIR MAS 2018

Bidang usaha utama : Penternakan lembu kacukan pedaging secara intensif (fidlot)
Tahun mula projek : 2008
ID premis : D08403
Bidang usaha sampingan : Penternakan lembu kacukan bridlot
Nama : Mohamad Badaruddin bin Ab. Hamis
Alamat : Kampung Sungai Tendong, Pasir Mas, Kelantan
Pekerjaan : Penghulu (penternak separuh masa)
Kelulusan : Darjah 6, STPM
Ahli keluarga : 1 isteri, 8 anak
Pengalaman : 25 tahun (1993)

Isu dan masalah yang dikenal pasti :

  1. Keselamatan ladang
  2. Penggunaan dan mengolahan sumber yang belum menyeluruh

Peranan jabatan dalam kejayaan projek :

  1. Usaha dalam kawalan penyakit dan program kesihatan gerompok (suntikan vaksin dan survelan)
  2. Usaha kea rah menambahbaik ekonomi dan produktiviti ladang (meningkatkan kawalan biosekuriti, pengurusan tinja)
  3. Usaha ke arah membantu meningkatkan tahap pengurusan rekod
  4. Penggunaan khidmat pakar rujuk/pegawai sumber dalam melaksanakan ppv

Halatuju projek :

  1. Meningkatkan keselamatan dan kawalan biosekuriti
  2. Meningkatkan kualiti makanan ternakan
  3. Meningkatkan kualiti daging yang terhasil
  4. Terlibat dalam usaha penjenamaan produk Naimbif

Pegawai pembimbing :

Nama : Mohd. Alif bin Mat Awi
Jawatan : Penolong Pegawai Veterinar

Penutup :

  1. Program PPV telah berjaya membantu meningkatkan produktiviti ladang pengusaha
  2. Meningkatkan lagi tahap kompetensi para pengawai PPV.
  3. Membantu industri dalam mengenalpasti masalah yang dihadapi penternak dan usaha untuk membantu menangani masalah tersebut.

 

TOP 3 PROJEK TERBAIK JAJAHAN KOTA BHARU 2018

(PROJEK MURTABAK RAJA OLEH SRI LILY ENTERPRISE)
MAKLUMAT PROJEK

  1. Nama:    Nik Mohd Hafiz bin Nik Zainuldin
  2. Alamat Tetap & Surat-menyurat: Lot A-2, Kompleks Kilang SME Bank Kota Bharu 1,   Jalan Padang Tembak, 16100 Kota Bharu, Kelantan.
  3. No tel:   01129385530

BIDANG USAHA

Perusahaan murtabak raja ayam/daging secara sepenuh masa

LATAR BELAKANG PROJEK

  • Bermula daripada tahun 2005, Sri Lily Enterprise telah didaftarkan bagi memenuhi hasrat memulakan perusahaan murtabak raja ayam/daging secara komersial.
  • Bermodalkan kewangan sedia ada dan berpandukan resipi turun temurun, murtabak raja daging/ayam mula dihasilkan secara kecil-kecilan untuk pasaran setempat.
  • Pada tahun 2011, perusahaan telah berpindah ke Kompleks Kilang SME Bank bagi mengembangkan lagi perniagaan sedia ada.
  • Pada tahun 2014, perusahaan ini berpindah milik daripada kedua orang tua kepada pemilik kini, iaitu En. Nik Mohd Hafiz bin Nik Zainuldin.
  • Berbekalkan modal sedia ada, iaitu sebanyak RM10,000.00 telah dibelanjakan bagi memodenkan perusahaan menepati citarasa masa kini.
  • Pada tahun 2016 pengusaha telah membuat inovasi murtabak raja dengan memperkenalkan murtabak raja keju dan murtabak mini ayam/daging, serta memperkenalkan beberapa produk baharu, iaitu sambosak ayam/daging, kabat ayam/daging, kuzi ayam beku, dan juga murtabak kambing.

PERANAN JABATAN DALAM KEJAYAAN PROJEK

Pada tahun 2016, Jabatan telah memberi bantuan alatan iaitu ‘mixer dough’ 25 kg dan juga ‘vertical sealer’ di bawah peruntukan ‘Chain Upgrade Product’ (CUP).

PENGIKTIRAFAN PROJEK

  • Lulus Persijilan Halal oleh JAKIM dan juga MESTI oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Pada tahun 2016, pengusaha telah memenangi ‘Rural Biz Challenge’ anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia yang telah menganugerahkan beliau dengan geran sebanyak RM100,000.00. Geran tersebut telah digunakan untuk pengubahsuaian kilang, pembelian mesin baharu, pembelian bahan mentah, dan promosi produk.
  • Memasuki peringkat separuh akhir pertandingan GenX anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) pada tahun 2017.

Majlis Input Pertanian Program Galakan Pertanian Negeri Kelantan

Telah berlangsung Majlis Input Pertanian Program Galakan Pertanian Negeri Kelantan pada 4 September 2018 (Selasa) bermula pukul 9.30 pagi hingga 11.30 pagi.

Majlis tersebut telah diadakan di Pata Ndo, Berhadapan Majlis Daerah Tumpat dan telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Negeri Kelantan. Seramai 38 orang penternak yang mendapat input pertanian termasuk kambing, kambing susu dan lembu.

Sidang Penternak Kemahang 2018

Telah berlangsung Sidang Penternak Kemahang 2018 pada 14 Ogos 2018 (Selasa) di dewan balai raya Felda Kemahang 1. Penganjur bagi program ini adalah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan, KTS Zon Kelantan dan Felda Kamahang.

Program ini telah dirasmikan oleh Dr. Syarifah Asiah binti Mohd Amin, Ketua Bahagian Industri Ternakan Negeri Kelantan dan diteruskan dengan ceramah 1 yang bertajuk “Peluang dan Pembangunan Penternakan Ruminan” yang telah disampaikan oleh Dr. Nur Suhaila. Ceramah ke 2 berjudul “Hala Tuju Industri Pedaging Negeri Kelantan” telah dibentangkan oleh Tuan Haji Hassan bin Zainudin, Bahagian Perancang JPVNK.

Program diteruskan dengan sidang penternak, yang mana ianya membuka peluang kepada semua peserta untuk menyuarakan soalan dan pendapat. Antara panel yang terlibat adalah; Dr. Nur Suhaila, Tuan Haji Hassan (Bahagian Perancang), Dr. Muhamad Syakir (Kesihatan), Puan Shalila (Pemakanan), En. Azman (Pembiakan) dan En. Fazlizan (Penguatkuasaan). Dan, ucapan penutup bagi program Sidang Penternak Kemahang 2018 ini telah disempurnakan oleh Dr. Nur Suhaila.

Kunjungan Yuan Yuan QI, Evolution International, France

Syarikat pembekal semen beku utama dunia Yuan Yuan QI, Business Development Manager, Evolution International, France telah datang ke Negeri Kelantan pada 20 Jun 2018 (Rabu). Beliau sempat berkunjung ke ibupejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan dan mendapatkan sedikit taklimat mengenai perkembangan terkini industri ternakan Negeri Kelantan daripada Dr Syarifah Asiah binti Mohd Amin, Timbalan Pengarah (Industri Ternakan) Negeri Kelantan.

Kursus Penghasilan Baja Organik Bachok 2018

Telah berlangsung satu kursus Penghasilan Baja Organik di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan Bachok pada 10 Julai 2018 (Selasa) bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.

Taklimat mengenai tujuan, kepentingan dan kaedah penghasilan baja organik tersebut telah disampaikan oleh Tuan Haji Hassan bin Zainuddin, Bahagian Perancangan dan Penilaian, kepada para peserta yang hadir seramai 23 orang, yang telah berdaftar di bawah Unit Latihan & Pembangunan Kerjaya Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan.

Kursus tersebut juga dilakukan secara hands-on bagi tujuan memperlihatkan sendiri kepada para peserta kaedah sebenar yang perlu dilakukan bagi tujuan memperlihatkan sendiri kepada para peserta kaedah sebenar yang perlu dilakukan bagi penghasilan baja organik.

 

Program Kecergasan dan Kecemerlangan Veterinar 2018

Kota Bahru, 4 Jan – Seramai 1200 kakitangan DVS Se-Malaysia, mewakili 17 Kontijen hadir dalam Majlis Perasmian Program Kecergasan dan Kecemerlangan DVS 2018 di HUSM, Kota Bahru. Majlis ini dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan YB Dato’ Hj. Mohd Faudzi bin Hj. Che Mamat. 19 acara dipertandingkan dalam program kali ini.

“Datang dengan harapan, Pulang dengan KEJAYAAN”

Program Penerangan Pembangunan NAIMbif

Program Penerangan Pembangunan NAIMbif anjuran JPVNK bersama Adun Jelawat telah diadakan di Dataran Ilmu Kedai Gunong pada 28 Disember 2017 (Khamis) bermula jam 9.30 pagi. Program tersebut dilaksanakan bagi tujuan memberi pendedahan dan penerangan awal mengenai NAIMbif kepada penduduk setempat. Program Penerangan Pembangunan NAIMbif ini telah dirasmikan oleh YB Haji Abdul Azziz bin Kadir (Adun Jelawat ).

Pengenalan berkenaan NAIMbif telah disampaikan oleh Dr. Syarifah Asiah binti Mohd Amin, Timbalan Pengarah Bahagian Industri Ternakan dan penerangan secara terperinci telah dipersembahkan oleh En Abd. Halim bin Mohamed, Ketua Bahagian Perangcang dan Penilaian. Turut hadir bersama Che Daud bin Abdullah, Ketua Jabatan Perkhidmatan Veterinar Jajahan Bachok dan Dr. Nooraihan binti Harun, Ketua Seksyen Komoditi Ternakan JPVNK. Sesi soal jawab juga turut dibuka kepada peserta yang hadir..

Apa itu NAIMbif? NAIMbif adalah satu sistem pengeluaran lembu pedaging yang mendapat akreditasi berasaskan kepada penggunaan induk kacukan Charolais generasi F2 dan F3 sebagai keperluan minimum yang telah mencapai tahap piawaian kualiti yang ditetapkan, dipelihara secara gerompok semi-intensif bagi tujuan pembiakan secara tertutup (bridlot) bagi menghasilkan daging yang halal, berkualiti, bersih dan suci berasaskan hukum syarie selaras dengan konsep Bertani Satu Ibadah.

Falsafah skim pengeluaran NAIMbif adalah sebagaimana firman Allah :

‘Makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman’ [Surah Al-Maaidah : Ayat 88]

Kurus Penghasilan Baja Organik

Pada 27 November 2017 (Isnin) bertempat di Wisma Purnama, Wakaf Bharu, Tumpat, satu Kurus Penghasilan Baja Organik anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan telah diadakan.

Kursus tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 1.00 petang. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepada pengusaha termasuk pegawai mengenai cara-cara penghasilan baja organik.

Ceramah Teknik Mudah Pemprosesan Baja Bio-Organik tersebut disampaikan oleh Tuan Haji Hassan bin Zainuddin, Bahagian Perancang & Penilaian JPVNK.

Latihan amali penyediaan baja bio-organik juga turut ditunjukkan kepada para peserta yang hadir.