Persaraan Kakitangan JPVNK April 2019

KOTA BHARU – Tanggal 28 April 2019 Ketua Unit Farmasi Veterinar Kelantan iaitu En. Mohamad bin Abdul Rahman telah bersara. Beliau telah berkhidmat selama 39 tahun di JPVNK. Kami warga JPVNK mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas segala khidmat bakti, sokongan dan bantuan yang telah berikan kepada kerajaan dan negara.

Program Keselamatan Di Tempat Kerja 2019

Telah berlangsung Program Keselamatan di Tempat Kerja dan Khidmat Nasihat Sistem Pemadam Api, Pengesan Haba serta Pengesan Asap oleh pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada 20 Mac 2019 bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan.

Pegawai Bomba yang terlibat telah memberi taklimat mengenai langkah-langkah yang perlu dilakukan apabila berlakunya kebakaran di tempat kerja bersama demonstrasi memadam api. Kakitangan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan berpeluang mencuba demonstrasi memadam api dengan dorongan pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Kursus Pengembangan Veterinar Siri 1/2019

MACHANG – 18 Mac 2019 telah berlangsung Kursus Pengembangan Veterinar Siri 1/2019 di KTS (Kawasan Tumpuan Sasaran) Machang. Seramai 30 orang peserta (AVO) Penolong Pegawai Veterinar telah mengikuti kursus tersebut dengan jayanya. Kursus tersebut dirasmikan oleh Timbalan Pengarah (Kesihatan) Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan, Dr Azlan bin Enjah.

Taklimat Kursus Pengembangan Veterinar disampaikan oleh En. Abd Halim bin Mohamed mantan Ketua Bahagian Perancang dan Penilian Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan. Kursus Pengembangan Veterinar dihangatkan lagi dengan perbentangan daripada peserta mengikut kumpulan yang telah ditetapkan oleh urusetia kursus.

Majlis Taklimat Cadangan Projek Agropelancongan Rusa Rong Chenok

Telah berlangsung satu Majlis Taklimat Cadangan Projek Agropelancongan Rusa Rong Chenok di Ladang Ternakan Rusa, Rong Chenok, Pasir Mas pada 3 Mac 2019 (Ahad) bersamaan 26 Jamadil Akhir 1440H.

Taklimat tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada YB Haji Tuan Mohd Saripudin bin Tuan Ismail tentang ladang ternakan rusa dan program yang akan dilaksanakan untuk menaik taraf Ladang Ternakan Rusa di Rong Chenok sebagai sebuah ladang Agropelancongan sepertimana hasrat penubuhan awal ladang ternakan rusa ini ditubuhkan.

YB Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau & Alam Sekitar bersama dif-dif jemput sempat memberi makan rusa yang jinak serta melawat di sekitar ladang ternakan ternakan rusa tersebut.

Kursus Asas Penternakan Arnab

Telah berlangsung Kursus Asas Penternakan Arnab pada 23 Oktober 2018 (Selasa) bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang, bertempat di Dewan Kuliah, Pusat Transformasi Luar Bandar – RTC Kelantan, Kota Bharu, Tunjung.

Bermula dengan pendaftaran peserta pada pukul 8.00 pagi diikuti dengan bacaan doa, ucapan aluan oleh Ketua Unit Latihan & Pembangunan Kerja dan seterusnya ucapan perasmian oleh Timbalan Pengarah Bahagian Industri Ternakan, JPV Negeri Kelantan.

Majlis diteruskan dengan Ceramah 1 (Peranan Jabatan Dalam Industri Penternakan Arnab) yang telah disampaikan oleh Puan Noor Shalila binti Abd. Razak, Ketua Unit Aneka Haiwan, JPV Negeri Kelantan.

Ceramah 2 (Pengenalan dan Pengurusan Arnab) dibentang oleh Puan Nurzillah binti Maliki, Pegawai Penyelidik, Unit Arnab, IVM, Keluang.

Ceramah 3 (Pengurusan Asas Penternakan Arnab) oleh Puan Norzie binti Ismail, Penolong Pegawai Veterinar, Unit Arnab IVM, Keluang

Ceramah 4 (Kaedah Pembiakbakaan Arnab), En. Mohd Ismawandi bin Mohd Nor, STTP, JPV Negeri Perak.

Dan yang terakhir, Ceramah 5 (Produk Hiliran dan Kaedah Penyembelihan Arnab) telah diketengahkan oleh Haji Zailani bin Haji Hussin, Ketua Unit IATn JPV Negeri Kelantan.

Majlis berakhir dengan Amali kaedah pembiakbakaan arnab dan minum petang.