JADUAL JPV TUMPAT DI MUKIM TAHUN 2018

BIL NAMA PROJEK DAERAH BILANGAN PENTERNAK KETUA PROJEK KEMPEN TINDAKAN
1 Telaga Bata Jal Besar 15/1/2018
2 Bendang Pak Yong Pengkalan Kubor     22/1/2018  
3 Bunut Sarang Burung Kebakat 29/1/2018
4 Mak Neralang Sungai Pinang     5/2/2018  
5 Tujuh Tumpat 12/2/2018
6 Kutan Wakaf Bharu     19/2/2018  
7 Bechah Resak Terbak 262/2018
8 Telok Jering Jal Besar     5/3/2018  
9 Simpangan Pengkalan Kubor 12/3/2018
10 Kampong Periok Terbak     19/3/2018  
11 Semat Jal Kebakat 26/3/2018
12 Sungai Pinang Sungai Pinang     2/4/2018  
13 Kelaboran Tumpat 9/4/2018
14 Kampong Bukit Wakaf Bharu     16/4/2018  
15 Cherang Melintang Jal Besar 23/4/2018
16 Jong Bakar Darat Pengkalan Kubor     30/4/2018  
17 Selehong Terbak 7/5/2018
18 Tok Janggut Kebakat     14/5/2018  
19 Kok Pasir Sungai Pinang 21/5/2018
20 Jubakar Pantai Tumpat     28/5/2018  
21 Wakaf Delima Wakaf Bharu 4/6/2018
22 Chenderong Kubu Jal Besar     11/6/2018  
23 Tanjung Pengkalan Kubor 18/6/2018
24 Bendang Kerian Terbak     25/6/2018  
25 Paloh Kebakat 2/7/2018
26 Kok Keli Sungai Pinang     9/7/2018  
27 Kelong Tumpat 16/7/2018
28 Kg. Baru Pasir Pekan Wakaf Bharu     23/7/2018  
29 Banggol Beta Jal Besar 30/7/2018
30 Ketil Pengkalan Kubor     6/8/2018  
31 Sedar Terbak 13/8/2018
32 Palekbang Sungai Pinang     20/8/2018  
33 Tok Oh Tumpat 27/8/2018
34 Pasir Pekan Wakaf Bharu     3/9/2018  
35 Getting Pengkalan Kubor 10/9/2018
36 Terbak Siam Terbak     17/9/2018  
37 Morak Kebakat 24/9/2018
38 Kampong Laut Sungai Pinang     1/10/2018  
39 Ana Tumpat 8/10/2018
40 Talak Wakaf Bharu     15/10/2018  
41 Jejulok Pengkalan Kubor 22/10/2018
42 Jal Kechik Terbak     29/10/2018  
43 Pulau Besar Sungai Pinang 5/11/2018
44 Dalam Rhu Tumpat     12/11/2018  
45 Alor Pasir Wakaf Bharu 19/11/2018
46 Tebing Pengkalan Kubor     26/11/2018  
47 Padang Tembesu Kebakat 3/12/2018
48 Pulau Seratus Sungai Pinang     10/12/2018  
49 Kepala Batas Tumpat 17/12/2018
50 Chenderong Batu Wakaf Bharu     24/12/2018  
51 Bunohan Pengkalan Kubor 31/12/2018
52 Kebakat Kebakat
53 Telok Rejuna Sungai Pinang
54 Tanjong Kuala Tumpat
55 Kubang Labu Wakaf Bharu
56 Gerong Sungai Pinang
57 Kubor Datok Tumpat
58 Padang Rokma Wakaf Bharu
59 Wakaf Bharu Wakaf Bharu
60 Kubang Batang Wakaf Bharu

AJKJ 2016

AHLI JAWATANKUASA KESELAMATAN JABATAN TAHUN 2016

Pengerusi : Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan

Tim. Pengerusi : Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan

Setiausaha : Ketua Bahagian Pentadbiran & Kewangan

Ahli-ahli :

  • Pengarah Makmal Veterinar Kawasan Kota Bharu
  • Ketua Bahagian Perancang
  • Ketua Bahagian Industri Ternakan
  • Ketua Penguatkuasa Cawangan Negeri Kelantan
  • Ketua Unit PSM
  • Pegawai Perkhidmatan Veterinar Jajahan Kota Bharu
  • Pegawai Perkhidmatan Veterinar Jajahan Machang

Perutusan Ketua Pengarah

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dengan moto ‘Tugas Kami Berbakti Kepada Anda’ menggariskan perkhidmatan teras di dalam aspek kesihatan ternakan dan pembangunan komoditi ternakan serta beberapa perkhidmatan sokongan. Perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan meliputi aktiviti kawalan, pencegahan dan pembasmian penyakit haiwan; pembangunan industri ternakan; penyelidikan di dalam bidang penyakit, pembiakan, pemakanan ternakan dan sosio-ekonomi penternak; perkhidmatan makmal dan kepastian kualiti untuk produk-produk berasaskan ternakan serta penguatkuasaan undang-undang dan peraturan veterinar. DVS juga menyediakan perkhidmatan konsultansi dan bimbingan kepada bakal-bakal pengusaha ternakan dan pengusaha yang telah pun berkecimpung di dalam bidang penternakan.

Selaras dengan keperluan semasa, DVS telah menggalakkan penggunaan teknologi terkini di dalam sistem penternakan terutama sistem yang mesra alam dan mematuhi piawaian antarabangsa. Pegawai-pegawai DVS telah diberikan pendedahan di dalam teknologi terkini sama ada di dalam atau di luar negara agar dapat memberikan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan DVS.

Selain itu, DVS juga mempunyai tanggungjawab sosial di dalam pembasmian kemiskinan melalui penglibatan di dalam program micro-credit dan mempelbagaikan pendapatan terutama melalui pengeluaran produk asas ternakan (makanan dan bukan makanan). Program-program ternakan juga telah dikenalpasti sebagai satu daripada program yang dapat memperkayakan ekonomi desa.

DVS selaku ‘custodian’ haiwan memandang serius hal ehwal kesejahteraan dan kebajikan haiwan dan sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi memastikan kes-kes penginayaan haiwan dapat diatasi.

Selari dengan konsep ketelusan, laman web DVS memaparkan perkhidmatan-perkhidmatan dan maklumat-maklumat aktiviti dan industri ternakan di negara ini. DVS sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan di dalam dan di luar negara. Justeru itu, sekiranya anda mempunyai sebarang komen atau kemuskilan bolehlah dipanjangkan kepada pihak DVS untuk tindakan selanjutnya di e-mail berikut pro@dvs.gov.my.

Terima kasih.

‘PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN’ 

KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN VETERINAR MALAYSIA

2015

ISU TADBIR URUS JABATAN

Isu-Isu Tadbir Urus Dan Integriti Dalam Perkhidmatan Awam: Dulu, Kini Dan Masa Depan

PENGENALAN

2. Terdapat 2 istilah penting dalam tajuk artikel ini, iaitu Tadbir Urus dan Integriti. Laporan Bank Dunia mengenai Tadbir Urus Korporat (1994) mendefinisikan tadbir urus atau governance sebagai “the process through which institutions, businesses and citizens’ groups articulate their interest, exercise their rights and obligations and mediate their differences”. Manakala United Nations Development Program (UNDP) mendefinisikan “tadbir urus” sebagai “the exercise of economic, political and administrative authority to manage”. Maka tadbir urus mengandungi mekanisme, proses dan institusi dalam mana masyarakat dan organisasi menyuarakan kepentingan masing-masing, melaksanakan hak dan tanggungjawab mereka, serta menyelesaikan dan mengimbangkan apa-apa perbezaan di antara mereka.

3. Proses tadbir urus sahaja tidak mencukupi untuk memastikan anggota masyarakat menikmati kualiti hidup yang diharapkan. Proses tadbir urus seharusnya diamalkan secara baik. Maka wujud istilah tadbir urus yang baik atau good governance. Menurut World Conference on Governance (1999), tadbir urus yang baik ialah “a system that is transparent, accountable, just, fair, democratic, participatory and responsive to people’s needs”. Ciri-ciri tadbir urus yang baik melibatkan semua pihak atau sektor, bermusyawarah untuk mencapai persetujuan bersama, ada akauntabiliti, telus, responsif, cekap dan berkesan, adil dan saksama, serta menjunjung kedaulatan undang-undang.

4. Integriti pula bermaksud “continuous adherence to moral principles, honesty, wholeness, the quality of being unimpaired; soundness” (Collin English Dictionary). Menurut Glosari Integriti, Institut Integriti Malaysia (IIM), integriti memberi maksud “perihal sifat individu dan organisasi yang sempurna, berteraskan nilai murni seperti jujur, benar, amanah, adil, bertanggungjawab, telus, cekap dan bijaksana”. Oleh itu, Integriti merupakan suatu tahap, keadaan atau sifat yang sempurna dan tiada cacat cela, tidak ada rasuah, salah guna kuasa atau penyelewengan, tiada rungutan dan aduan atau ketidakpuasan hati pelanggan ke atas perkhidmatan yang diberi. Maka wujudlah perkhidmatan yang telus, accountable, adil dan saksama.

5. Bagaimana pula hubungan tadbir urus yang baik dengan integriti? Sebuah tadbir urus yang baik mempunyai elemen integriti. Integriti adalah asas kepada sebuah tadbir urus yang baik. Oleh itu, usaha untuk meningkatkan integriti adalah selari dengan usaha mengukuhkan tadbir urus yang baik dalam masyarakat.

6. Perbincangan mengenai tadbir urus meliputi skop yang sangat luas yang mencakupi pelbagai aspek, seperti hak dan keperluan asas individu, kualiti kesihatan dan peluang pendidikan, keadilan sosial dan keselamatan diri, dan berbagai lagi.

7. Oleh itu bagi tujuan artikel ini, mari kita menumpukan kepada aspek integriti. Apakah isu-isu yang menggugat integriti dan bagaimana integriti dapat di perkukuhkan. Ini sekali gus menjurus kepada usaha ke arah memantapkan tadbir urus yang baik di dalam perkhidmatan awam.

8. Dalam proses tadbir urus, tiga sektor atau komponen memainkan peranan masing-masing dalam pembangunan negara dengan matlamat untuk memperbaiki taraf kualiti hidup masyarakat, iaitu,

  • Sektor Kerajaan, termasuk perkhidmatan awam;
  • Sektor Swasta; dan
  • Sektor Non-Government Organisations (NGO) atau Pertubuhan Bukan Kerajaan. Ini termasuk orang awam, media, serta kumpulan akademik yang lazimnya dipangggil civil society.

SENARIO DAHULU

9. Beberapa tahun selepas merdeka, perkhidmatan awam dianggap sebagai enjin penggerak kepada proses pembangunan negara. Perkhidmatan awam memainkan peranan yang penting untuk memacu pembangunan sosioekonomi dan pembangunan negara. Ketika itu sektor swasta belum lagi pesat membangun seperti kini. Sektor swasta hanya beroperasi mengikut dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Trafik informasi lebih berbentuk sehala di mana Kerajaan mengeluarkan arahan atau dasar, dan ianya dilaksanakan oleh sektor swasta.

10. Bermula dekad lapan puluhan, kita bersepakat supaya sektor swasta juga dijadikan enjin penggerak utama kepada proses pembangunan negara, tidak lagi semata-mata peranan sektor awam. Sektor awam pula beralih memainkan peranan sebagai regulator dan fasilitator. Apabila Kerajaan memperkenalkan dasar penswastaan dan Malaysian Incorporated, penekanan diberikan kepada meningkatkan kerjasama sektor awam dan swasta untuk mempergiatkan lagi proses pembangunan negara.

11. Dahulunya, kewujudan sektor NGO atau civil society tidak begitu menonjol. Suara-suara mereka ketika itu tidak selantang seperti kini. Pergerakannya juga kurang organized. Penglibatan NGO tidak dianggap penting.

SENARIO MASA KINI

12. Kini tahap kesedaran, kepekaan dan keprihatinan anggota masyarakat telah meningkat. Mereka tahu dan mengamalkan hak-hak mereka secara aktif dan terbuka. Suara-suara daripada sektor NGO atau civil society ini mula didengar dan diambil kira dalam membuat dasar atau mengatur program dan aktiviti Kerajaan. Apabila Kerajaan memperkenalkan Wawasan 2020 dan agenda pembangunan negara diteruskan dalam rancangan Malaysia lima tahun, peranan ketiga-tiga sektor ini dalam satu sinergi menjadi semakin penting.

13. Selepas kejatuhan pemerintahan komunis pada tahun lapan puluhan dan kemudiannya krisis kewangan pada tahun sembilan puluhan, isu-isu rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan menjadi agenda penting di peringkat global. Antara pengajaran yang diperoleh daripada kedua-dua perkembangan ini ialah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan wujud berleluasa kerana sistem pengurusan dan pentadbiran yang tidak demokratik, tidak telus, tiada akauntabiliti dan keadilan serta pegawai yang menjalankan tugas tidak beretika dan berintegriti.

14. Globalisasi dan liberalisasi perdagangan merupakan satu lagi cabaran getir pada masa kini. Ianya menuntut agar perdagangan dan perniagaan bersaing sama rata dalam suasana “level playing field”. Keadaan ini menuntut supaya jentera pentadbiran Kerajaan dan sektor swasta mengamalkan integriti di dalam semua sistem pengurusan dan pentadbiran yang mengutamakan ketelusan, akauntabiliti, keadilan, predictability, kecekapan dan keberkesanan dalam memberi perkhidmatan agar mempunyai daya saing global yang tinggi. Ini adalah elemen-elemen penting yang dapat mencegah peluang dan ruang kepada perlakuan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

TEKANAN DAN DESAKAN ANTARABANGSA

15. Rasuah merupakan satu-satunya isu integriti yang banyak dibincangkan. Kita sedia maklum bahawa rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan akan menghalang pembangunan negara, meluaskan jurang kemiskinan, mengurangkan daya saing negara, melemahkan sistem pentadbiran dan akhirnya menjejaskan pencapaian matlamat meningkatkan kualiti hidup sejagat. Adalah penting usaha-usaha memerangi rasuah dan mengukuhkan integriti dijadikan sebagai budaya, oleh kerana ia adalah penyumbang besar terhadap pencapaian wawasan negara kita.

16. Dalam pada itu, kita juga harus peka terhadap beberapa driving force yang lain. Pertama, daripada tekanan antarabangsa. Tekanan antarabangsa dimanifestasikan dalam berbagai bentuk. Antaranya ialah, menarafkan negara sama ada bersih daripada rasuah atau sebaliknya melalui Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dipelopori oleh Transparency International (TI). Indeks ini digunakan oleh golongan perniagaan antarabangsa, khususnya para pelabur, untuk memutuskan sama ada pelaburan mereka selamat serta boleh memperoleh keuntungan jika membuat pelaburan di negara berkenaan. Ini kerana, rasuah kepada mereka merupakan kos tambahan dan business environment yang tidak menentu atau unpredictable.

17. Walaupun kedudukan atau ranking sesebuah negara tidak mencerminkan keadaan sebenar tahap rasuah yang berlaku di negara tersebut, namun berdasarkan kepada skor oleh Transparency International, Malaysia yang memperoleh purata skor 5 sejak tahun 1995, belum boleh dikatakan berada di kedudukan yang selesa.

18. Kedua, tekanan daripada mayarakat antarabangsa untuk memerangi rasuah, meningkatkan ketelusan dan integriti. Contohnya pertubuhan Asia Pacific for Economic Cooperation (APEC) yang mana Malaysia merupakan sebuah negara anggota. Pertubuhan ini menekankan kepada keperluan meningkatkan ketelusan dalam peraturan dan sistem, bagi merangsang dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara anggota serta mewujudkan budaya integriti dalam urusan perniagaan. Malaysia telah menandatangani United Nations Convention Against Corruption (UNCAC) yang kini merupakan instrumen antarabangsa yang diterima pakai oleh semua negara anggota. Apabila proses meratifikasi dibuat, negara kita perlu melaksanakan peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam UNCAC secara domestik dan kerjasama antarabangsa. Malaysia juga telah setuju terima dan melaksanakan Pelan Tindakan ADB-OECD (Asia Development Bank – Organization for Economic Co-operation and Development) Anti-Corruption Initiative for Asia and the Pacific.

19. Lain-lain tekanan atau desakan datang daripada World Trade Organization, World Bank, international donors dan pelabur-pelabur asing yang juga menuntut ketelusan, akauntabiliti dan integriti dalam sistem pentadbiran negara, khususnya aspek perolehan Kerajaan, perundangan, dasar, peraturan dan prosedur. Semua ini menjurus kepada matlamat supaya Malaysia yang menganggotai pertubuhan atau kesepakatan tersebut memperhebatkan lagi usaha membasmi gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dalam negara melalui langkah-langkah meningkatkan ketelusan, akauntabiliti dan memperkukuhkan integriti dalam sistem pentadbiran negara.

ISU-ISU INTEGRITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM

20. Terdapat berbagai isu yang menggugat integriti perkhidmatan awam Malaysia. Yang paling kerap dibincangkan ialah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Kita sedia maklum, Kerajaan berpendirian zero tolerance terhadap rasuah, serta mengambil langkah-langkah tegas bagi menanganinya. Namun begitu, berdasar rekod Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia, secara amnya statistik aduan mengenai rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan menunjukkan peningkatan sejak enam tahun kebelakangan ini. Tohmahan atau maklumat paling banyak diterima adalah terhadap kakitangan awam, berbanding kumpulan yang lain, seperti orang awam, ahli politik atau anggota pentadbiran, dan pekerja swasta. Selain itu, statistik mengenai tangkapan berkaitan rasuah oleh BPR Malaysia menunjukkan bahawa lebih ramai kakitangan awam ditangkap berbanding sektor swasta dan orang awam. Ini adalah isu integriti yang menjejaskan imej perkhidmatan awam khasnya, dan Kerajaan amnya.

21. Dalam pada itu, berdasarkan aduan orang ramai terhadap kakitangan dan perkhidmatan awam yang diterima oleh Biro Pengaduan Awam (BPA), sungguhpun peratus aduan mengenai kelewatan perkhidmatan awam semakin menurun, ianya masih merupakan jenis aduan yang paling banyak diterima oleh BPA. Masalah kelewatan memberi perkhidmatan serta kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan jika tidak diatasi boleh membuka peluang kepada perbuatan rasuah. Pelanggan kepada perkhidmatan tersebut akan mempunyai persepsi bahawa jika inginkan perkhidmatan yang cepat atau untuk mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti, maka perlu sogok pegawai kerajaan. Aduan-aduan seperti kegagalan penguatkuasaan, kurang kecekapan, salah guna kuasa dan penyelewengan juga memberi persepsi buruk bahawa ianya berlaku disebabkan rasuah. Begitu juga aduan mengenai kepincangan pelaksanaan dasar dan kelemahan undang-undang merupakan sebahagian daripada kelemahan sistem, yang mana jika tiada langkah pemulihan dibuat, boleh membuka ruang kepada perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.

22. Isu integriti juga telah dibangkitkan di dalam laporan Ketua Audit Negara. Teguran yang lazim disebut ialah mengenai kelemahan dalam pengurusan kewangan, pengurusan hasil, perancangan dan pemantauan, serta mengawal perbelanjaan. Ini mengakibatkan kerugian dan krisis keyakinan terhadap Kerajaan, dan sekali gus mencemarkan imej perkhidmatan awam. Ketua Audit Negara juga menegur mengenai “….. recurring weaknesses in financial management reflect that the actions taken to overcome the various issues raised by the Auditor General were neither comprehensive nor implemented on a continuous basis.”

PUNCA RASUAH YANG MENJEJASKAN SISTEM INTEGRITI

23. Sebelum menghuraikan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memperkukuhkan sistem integriti di dalam perkhidmatan awam, apakah faktor-faktor yang menjadi punca kepada berlakunya rasuah ataupun yang membuka peluang kepada pegawai untuk melakukan rasuah. Gejala rasuah merupakan isu pokok yang sentiasa menggugat integriti. Oleh itu, sebaiknya kita memahami punca gejala ini.

24. Menurut Professor John Hogarth (Law Faculty, Universtiy of Canada), rasuah berpunca dari sifat tamak (greed) dan kerana wujud peluang (opportunity). Setiap orang memerlukan basic needs seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal; tetapi ada yang mahukan lebih daripada itu, sedangkan dia tidak mampu. Ini merupakan sifat tamak. Orang seperti ini boleh terjerumus kepada perlakuan rasuah bagi memenuhi kehendak nafsunya.

25. Manakala itu, peluang melakukan rasuah boleh wujud apabila berlaku kelemahan di dalam sistem kawalan dalaman. Contohnya, kelewatan memberi perkhidmatan akibat karenah birokrasi sedangkan pelanggan berkehendakkan perkhidmatan itu dengan segera. Keadaan ini boleh mewujudkan peluang rasuah di mana pelanggan tadi terpaksa menyogok untuk mendapatkan perkhidmatan yang cepat.

26. Salah satu punca rasuah berlaku adalah akibat “kelemahan sistem”. Dalam keadaan di mana seseorang itu mempunyai kuasa monopoli akibat daripada kelemahan sistem, ini memberi kuasa budi bicara yang amat luas kepadanya untuk membuat keputusan. Sekiranya keputusan yang dibuat itu melibatkan kepentingan diri dan dia tidak perlu accountable atau bertanggungjawab ke atasnya, maka keadaan ini boleh membuka peluang kepadanya untuk menyalah guna kuasa atau terlibat dengan rasuah.

27. Sebagai contoh, peruntukan undang-undang mengenai penetapan kadar saman bagi kesalahan menjalankan perniagaan pusat hiburan tanpa lesen di sebuah Pihak Berkuasa Tempatan, memberi kuasa mutlak kepada Yang Di Pertuanya seorang sahaja menentukan kadar saman – sama ada kadar minima RM1,000 atau kadar maksima RM25,000. Kuasa monopoli dan kuasa budi bicara seperti ini mewujudkan suasana tiada ketelusan dalam membuat keputusan. Lantaran itu boleh membuka peluang kepada YDP PBT menyalahgunakan kuasanya dengan melakukan rasuah.

PENDEKATAN DAN LANGKAH UNTUK MENGUKUHKAN SISTEM INTEGRITI DALAM JABATAN

28. Rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan mudah berlaku kerana si pelaku menganggap perlakuan rasuah mendatangkan high rewards dan low detection risk. Oleh itu untuk mencegahnya, langkah-langkah pemulihan ke atas sistem kawalan dalaman hendaklah mewujudkan satu situasi di mana perbuatan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan memberi low rewards dan high detection risk, dan seterusnya “heavy penalty”. Dengan demikian, si pelaku tidak akan berani untuk melakukan rasuah.

29. Dalam hubungan ini, saya ingin meminta Ketua-Ketua Jabatan mengambil tindakan disiplin yang tegas terhadap pegawai-pegawai yang didapati tidak berintegriti serta terlibat dengan perlakuan rasuah mahupun salah guna kuasa. Adalah tidak memadai untuk mengenakan “Amaran Pentadbiran” sahaja. Bagi kes-kes yang serius, tindakan menahan gaji, turun pangkat atau lain-lain tindakan yang wajar hendaklah dikenakan. Ini menunjukkan keseriusan Kerajaan dalam menangani perlakuan tidak berintegriti di kalangan anggota Perkhidmatan Awam.

30. Dalam pada itu, sistem “reward” perlu juga dilaksanakan. Bagi pegawai-pegawai yang berintegriti tinggi, tekun dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas, mereka hendaklah diberikan ganjaran sewajarnya seperti kenaikan pangkat, berkursus di luar negara dan sebagainya.

31. Pada prinsipnya untuk memastikan sistem integriti dalam perkhidmatan awam berkesan, pelaksanaan sistem itu sendiri harus ke arah mewujudkan suasana dan budaya integriti. Dengan lain perkataan, in order to create an integrity system in the public service, the system itself must work towards promoting integrity. Untuk itu, prinsip-prinsip nilai atau elemen integriti perlu ada dalam sistem seperti ketelusan, akauntabiliti dan lain-lain nilai murni sejagat. Ianya perlu dipatuhi dan diamalkan sepanjang masa oleh semua pihak di dalam sistem itu.

32. Usaha pemantapan sistem integriti dalam jabatan boleh dilaksanakan melalui serampang dua mata iaitu: pertama, kawalan ke atas sistem atau system control dan kedua, mengurus integriti pegawai sebagai pelaksana sistem.

KAWALAN KE ATAS SISTEM

33. Kawalan sistem merupakan suatu mekanisme yang dirangka bagi mencegah atau menutup ruang serta peluang yang menjadi punca kepada berlakunya rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan lain-lain kelemahan pengurusan di semua peringkat pelaksanaan operasi jabatan atau organisasi. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan dan mengukuhkan integriti pegawai. Contohnya, mengadakan tatacara kerja yang jelas, telus dan accountable serta mempunyai mekanisme “check and balance”.

34. Antara langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengawal sistem operasi jabatan adalah dengan menyediakan dasar, undang-undang, prosedur serta tugasan yang jelas dan mudah difahami oleh pegawai dan kakitangan. Sekiranya terdapat peruntukan undang-undang, peraturan atau prosedur yang kabur, tidak praktikal, tidak relevan atau lapuk, maka ianya hendaklah dipinda dan dikemas kini sewajarnya supaya boleh dikuatkuasakan dengan jelas dan tegas. Selain itu, hendaklah dipastikan undang-undang dan peraturan tidak memberi tompokan kuasa, yang akhirnya wujud kuasa monopoli sehingga boleh membuka peluang kepada rasuah dan salah guna kuasa.

35. Segala dasar jabatan, arahan dan penurunan kuasa hendaklah dibuat secara bertulis agar lebih telus dan berakauntabiliti. Piagam pelanggan jabatan hendaklah sentiasa disemak dan dikemas kini supaya perkhidmatan yang diberi adalah sama seperti yang dijanjikan. Di mana mungkin, semua maklumat berhubung jabatan perlu dipamerkan di dalam laman web jabatan masing-masing untuk tatapan dan pengetahuan umum bagi memastikan “keterbukaan” dan ketelusan dalam sistem penyampaian perkhidmatan jabatan kepada pelanggan dan orang ramai.

36. Selain itu, Ketua Jabatan perlu peka kepada “warning signs”, serta mempunyai sikap sensitif kepada corruption inidicators atau simptom rasuah. Contoh-contoh “warning signs” ini adalah seperti, pegawai mempunyai gaya hidup yang lebih daripada pendapatan; pegawai gagal menjelaskan punca perolehan harta atau kemewahan; kerap berurusan di luar tanpa sebab yang munasabah; suka berahsia mengenai tindakan dan suka bekerja berseorangan; dan pembekal atau kontraktor enggan berurusan dengan pegawai lain, melainkan pegawai yang tertentu sahaja. Dari masa ke semasa, integrity testing terhadap kakitangan perlu dijalankan. Contohnya, dengan menyamar dan menelefon pegawai untuk menawarkan rasuah atau meminta bantuan secara melanggar peraturan jabatan.

37. Ketua Jabatan juga perlu menggalakkan whistle blowing secara beretika, iaitu dengan menggalakkan orang awam atau pegawai dalaman memberi maklumat tentang penyelewengan, tetapi perlu juga dipastikan ianya berlaku tanpa melibatkan sebarang unsur hasad dengki atau fitnah. Jabatan juga perlu ada garis panduan mengenai whistle blowing dan ada perlindungan sewajarnya kepada whistle blowers. “Speaking up policy” perlu juga digalakkan dengan bertujuan untuk mendapatkan maklum balas supaya usaha penambahbaikan atau pemulihan dapat dilaksanakan dengan segera.

38. Ketua Jabatan juga perlu mewujudkan sistem check and balance; frequent monitoring, and audit spot checks. Adakan penilaian secara berkala ke atas kemahiran dan keupayaan pegawai, serta memberi latihan bagi meningkatkan kecekapan. Ini adalah bagi mengelakkan pegawai kurang mahir atau kurang pengetahuan menggunakan budi bicara apabila membuat keputusan. Selain itu, adalah penting untuk mengenal pasti corruption risk areas dalam jabatan, dan juga pegawai yang terdedah kepada risiko rasuah. Antara bidang tugas yang berisiko melibatkan pembelian/pembekalan, kawalan barangan pejabat, kontrak dan tender, penguatkuasaan dan penyeliaan,dan prosedur perakaunan. Langkah-langkah pencegahan perlu dirangka bagi mengurangkan risiko tersebut.

MENGURUS INTEGRITI PEGAWAI

39. Walaupun telah ada sistem kerja yang teratur dan kemas, namun kelemahan dan penyelewengan boleh wujud disebabkan oleh kemerosotan nilai dan integriti pegawai yang bertindak sebagai pelaksana sistem tersebut. Oleh itu pendekatan dan program-program tertentu bagi mengurus integriti pegawai perlu dilaksanakan sewajarnya. Antara aspek penting yang perlu diutamakan dalam konteks ini ialah mengukuhkan integriti melalui pembudayaan nilai-nilai murni.

40. Dalam perkhidmatan awam, terdapat dua set nilai murni untuk dibudayakan. Pertama ialah nilai teras. Nilai teras merupakan nilai sepunya (shared values) perkhidmatan awam yang perlu diamalkan oleh semua kakitangan perkhidmatan awam. Nilai teras mengandungi enam nilai murni sejagat iaitu amanah, bijaksana, benar, telus, adil dan bersyukur.

41. Kedua ialah nilai kembangan atau nilai sokongan. Ia merupakan nilai tambahan bersesuaian dengan tugas teras atau aktiviti induk agensi. Nilai kembangan perlu ditentukan oleh setiap agensi. Contohnya, di Kementerian Pendidikan, kakitangan yang paling ramai terdiri dari guru; oleh itu salah satu nilai kembangan yang sesuai diamalkan oleh guru di Kementerian berkenaan ialah “penyayang” kerana pengamalan nilai ini dapat membantu mencapai objektif Kementerian untuk mendidik dan membentuk pelajar agar menjadi insan berguna.

42. Kod Etika juga merupakan satu instrumen pengurusan yang bertindak untuk mengawal tingkah laku pegawai agar mengikut nilai dan etika yang telah ditentukan oleh jabatan semasa melaksanakan tugas. Setiap agensi hendaklah memastikan Kod Etika Jabatan antara lain mengandungi aspek-aspek penting seperti enam nilai teras perkhidmatan awam; nilai kembangan jabatan; aspek mencegah conflict of interest; aspek whistle blowing dan kerahsiaan identiti whistle blower; aspek mempromosi kemahiran dan ilmu; serta prinsip akauntabiliti. Kod Etika Jabatan hendaklah dijelaskan kepada semua peringkat pegawai dan kakitangan, agar ada keseragaman dari segi tafsiran, pemahaman dan pengamalannya.

43. Bagi menggalakkan pegawai dan kakitangan membudayakan nilai dan etika perkhidmatan awam secara berterusan, maka perlu diwujudkan sistem pengiktirafan kepada mereka yang berkenaan. Bagi memastikan pengiktirafan pegawai dibuat dengan adil, maka langkah-langkah sewajarnya perlu diambil, seperti mewujudkan jawatankuasa penilaian dan pemilihan; mengadakan kriteria yang telus dan saksama; dan dihebahkan kepada semua pegawai agar peluang untuk dipertimbangkan atau pencalonan diberi sama rata.

44. Dalam pada itu juga, program pemulihan perlu diwujudkan. Langkah pertama ialah mengenal pasti kelemahan pegawai, dan langkah kedua ialah mengambil tindakan pemulihan sewajarnya sama ada melalui program latihan, putaran kerja, kaunseling dan sebagainya.

CABARAN MASA DEPAN

45. Cabaran utama masa depan ialah mengekalkan tadbir urus yang baik dalam suasana yang berubah-ubah di samping menghadapi persaingan terutamanya di peringkat antarabangsa kerana kehendak pelanggan juga turut berubah-ubah. Selain itu cabaran dan ancaman globalisasi kian menjadi nyata. Daya saing negara perlu dipertingkatkan melalui usaha-usaha meningkatkan ketelusan, akauntabiliti dan integriti yang merupakan ciri-ciri utama bagi tadbir urus yang baik. Oleh itu usaha berterusan juga diperlukan untuk memastikan tahap integriti yang tinggi bagi perkhidmatan dan pegawai sentiasa dipelihara.

46. Masa depan juga memperlihatkan gandingan kerjasama ketiga-tiga sektor iaitu sektor awam, swasta dan NGO terus dipertingkatkan. Suasana kerja lebih berbentuk participatory. Dalam hubungan ini cabaran yang akan wujud ialah bagaimana dapat ketiga-tiga sektor ini membina kesepakatan bagi memacu pembangunan negara.

47. Pembangunan pesat dunia ICT mengakibatkan transaksi dan pergerakan informasi berlaku dengan begitu pantas. Bentuk dan perlakuan jenayah turut menjadi borderless, seperti penghantaran wang rasuah keluar negara melalui electronic funds transfer. Pengesanan jenayah dan wang hasil rasuah menjadi bertambah rumit. Keadaan ini memerlukan negara membasmi jenayah termasuk rasuah secara kerjasama antarabangsa melalui bilateral dan multilateral arrangements.

48. Oleh itu juga, kapasiti dan keupayaan pegawai awam hendaklah selari dengan perkembangan semasa dan perubahan yang datang secara tidak menentu. Pegawai perlu berpandangan lebih global dan holistik terhadap sesuatu isu agar dapat menanganinya dengan berkesan dan menyeluruh. Walau apa pun cabaran, desakan, serangan dan tekanan ekonomi, sosial atau politik yang perlu kita tentang dan tepis; selagi kita melakukannya secara berintegriti, Insya Allah kita tetap akan berdiri dengan teguh.

OLEH

TAN SRI MOHD SIDEK BIN HAJI HASSAN

23-11-2006