Bengkel Jatidiri AKRAB 2017

(Last Updated On: November 21, 2017)

MERANG : Bengkel Jatidiri AKRAB Kepimpinan Dalam Organisasi anjuran AKRAB, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan ini merupakan kesinambungan kepada bengkel seumpama ini yang mana telah diadakan secara tahunan sejak daripada tahun 2014. AKRAB berusaha untuk membantu jabatan dalam membangunkan sumber manusia, terutamanya dalam pembentukan sakhsiah anggotanya agar sentiasa bersedia dalam melaksanakan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dengan lancar dan berkesan.

Bengkel Jatidiri Kepimpinan Dalam Organisasi ini telah diadakan pada 2-4 Oktober 2017 bertempat di Merang Suria, Setiu, Terengganu. Seramai 40 orang peserta telah dipilih untuk mengikuti bengkel tersebut. Isu membina kepemimpinan di kalangan pegawai muda yang baharu menganggotai jabatan telah dipilih dengan mengambil tema “MASA HADAPAN JPV, TANGGUNGJAWAB WARGA MUDA MASA KINI” untuk diberi tumpuan.