Majlis Taklimat Cadangan Projek Agropelancongan Rusa Rong Chenok

Telah berlangsung satu Majlis Taklimat Cadangan Projek Agropelancongan Rusa Rong Chenok di Ladang Ternakan Rusa, Rong Chenok, Pasir Mas pada 3 Mac 2019 (Ahad) bersamaan 26 Jamadil Akhir 1440H.

Taklimat tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada YB Haji Tuan Mohd Saripudin bin Tuan Ismail tentang ladang ternakan rusa dan program yang akan dilaksanakan untuk menaik taraf Ladang Ternakan Rusa di Rong Chenok sebagai sebuah ladang Agropelancongan sepertimana hasrat penubuhan awal ladang ternakan rusa ini ditubuhkan.

YB Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau & Alam Sekitar bersama dif-dif jemput sempat memberi makan rusa yang jinak serta melawat di sekitar ladang ternakan ternakan rusa tersebut.

Kursus Asas Penternakan Arnab

Telah berlangsung Kursus Asas Penternakan Arnab pada 23 Oktober 2018 (Selasa) bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang, bertempat di Dewan Kuliah, Pusat Transformasi Luar Bandar – RTC Kelantan, Kota Bharu, Tunjung.

Bermula dengan pendaftaran peserta pada pukul 8.00 pagi diikuti dengan bacaan doa, ucapan aluan oleh Ketua Unit Latihan & Pembangunan Kerja dan seterusnya ucapan perasmian oleh Timbalan Pengarah Bahagian Industri Ternakan, JPV Negeri Kelantan.

Majlis diteruskan dengan Ceramah 1 (Peranan Jabatan Dalam Industri Penternakan Arnab) yang telah disampaikan oleh Puan Noor Shalila binti Abd. Razak, Ketua Unit Aneka Haiwan, JPV Negeri Kelantan.

Ceramah 2 (Pengenalan dan Pengurusan Arnab) dibentang oleh Puan Nurzillah binti Maliki, Pegawai Penyelidik, Unit Arnab, IVM, Keluang.

Ceramah 3 (Pengurusan Asas Penternakan Arnab) oleh Puan Norzie binti Ismail, Penolong Pegawai Veterinar, Unit Arnab IVM, Keluang

Ceramah 4 (Kaedah Pembiakbakaan Arnab), En. Mohd Ismawandi bin Mohd Nor, STTP, JPV Negeri Perak.

Dan yang terakhir, Ceramah 5 (Produk Hiliran dan Kaedah Penyembelihan Arnab) telah diketengahkan oleh Haji Zailani bin Haji Hussin, Ketua Unit IATn JPV Negeri Kelantan.

Majlis berakhir dengan Amali kaedah pembiakbakaan arnab dan minum petang.

Majlis Input Pertanian Program Galakan Pertanian Negeri Kelantan

Telah berlangsung Majlis Input Pertanian Program Galakan Pertanian Negeri Kelantan pada 4 September 2018 (Selasa) bermula pukul 9.30 pagi hingga 11.30 pagi.

Majlis tersebut telah diadakan di Pata Ndo, Berhadapan Majlis Daerah Tumpat dan telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Negeri Kelantan. Seramai 38 orang penternak yang mendapat input pertanian termasuk kambing, kambing susu dan lembu.

Sidang Penternak Kemahang 2018

Telah berlangsung Sidang Penternak Kemahang 2018 pada 14 Ogos 2018 (Selasa) di dewan balai raya Felda Kemahang 1. Penganjur bagi program ini adalah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan, KTS Zon Kelantan dan Felda Kamahang.

Program ini telah dirasmikan oleh Dr. Syarifah Asiah binti Mohd Amin, Ketua Bahagian Industri Ternakan Negeri Kelantan dan diteruskan dengan ceramah 1 yang bertajuk “Peluang dan Pembangunan Penternakan Ruminan” yang telah disampaikan oleh Dr. Nur Suhaila. Ceramah ke 2 berjudul “Hala Tuju Industri Pedaging Negeri Kelantan” telah dibentangkan oleh Tuan Haji Hassan bin Zainudin, Bahagian Perancang JPVNK.

Program diteruskan dengan sidang penternak, yang mana ianya membuka peluang kepada semua peserta untuk menyuarakan soalan dan pendapat. Antara panel yang terlibat adalah; Dr. Nur Suhaila, Tuan Haji Hassan (Bahagian Perancang), Dr. Muhamad Syakir (Kesihatan), Puan Shalila (Pemakanan), En. Azman (Pembiakan) dan En. Fazlizan (Penguatkuasaan). Dan, ucapan penutup bagi program Sidang Penternak Kemahang 2018 ini telah disempurnakan oleh Dr. Nur Suhaila.

Kunjungan Yuan Yuan QI, Evolution International, France

Syarikat pembekal semen beku utama dunia Yuan Yuan QI, Business Development Manager, Evolution International, France telah datang ke Negeri Kelantan pada 20 Jun 2018 (Rabu). Beliau sempat berkunjung ke ibupejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan dan mendapatkan sedikit taklimat mengenai perkembangan terkini industri ternakan Negeri Kelantan daripada Dr Syarifah Asiah binti Mohd Amin, Timbalan Pengarah (Industri Ternakan) Negeri Kelantan.

Kursus Penghasilan Baja Organik Bachok 2018

Telah berlangsung satu kursus Penghasilan Baja Organik di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan Bachok pada 10 Julai 2018 (Selasa) bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.

Taklimat mengenai tujuan, kepentingan dan kaedah penghasilan baja organik tersebut telah disampaikan oleh Tuan Haji Hassan bin Zainuddin, Bahagian Perancangan dan Penilaian, kepada para peserta yang hadir seramai 23 orang, yang telah berdaftar di bawah Unit Latihan & Pembangunan Kerjaya Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan.

Kursus tersebut juga dilakukan secara hands-on bagi tujuan memperlihatkan sendiri kepada para peserta kaedah sebenar yang perlu dilakukan bagi tujuan memperlihatkan sendiri kepada para peserta kaedah sebenar yang perlu dilakukan bagi penghasilan baja organik.