Majlis Perpisahan Timbalan Pengarah dan Ketua Penolong Pengarah (Pentadbiran dan Kewangan)

29 OGOS 2019/KHAMIS – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Negeri Kelantan telah mengadakan Majlis Perpisahan Timbalan Pengarah (Kesihatan) Dr Azlan bin Enjah yang akan bertukar ke DVS Putrajaya sebagai Ketua Seksyen Permakanan dan Ketua Penolong Pengarah (Pentadbiran dan Kewangan) Haji Mohd Ridzuan bin Sulaiman yang akan melanjutkan pelajaran program MBA di UMK.

Seluruh warga DVS Negeri Kelantan mengucapkan tahniah serta merakamkan setinggi tinggi penghargaan terhadap jasa dan komitmen beliau. Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati dan bergambar untuk kenang kenangan.