Jenis Rawatan Klinik

INOVASI SUSU KAMBING SEBAGAI PRODUK KECANTIKAN

Sempena Karnival Bio-K Negeri Kelantan 2016 yang diadakan pada 12-15 mei 2016 di Kelantan Trade Centre Kota Bharu Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan bersama usahawan Affan Agro Sdn Bhd telah memperkenal satu produk kecantikan berasaskan susu kambing.Produk baru ini hasil inovasi yang dibangun oleh Pegawai dari PPIT Pasir Puteh dan Pegawai dari Unit Industri Asan Tani(ternakan) DVS Kelantan.Produk yang dilancarkan pada majlis ini losyen dan sabun berasaskan susu kambing dengan jenama SASUKA.
Pelancaran produk telah disempurnakan oleh YB Dato Hj.Che Abdullah bin Mat Nawi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani,Bioteknologi dan teknologi Hijau bersama YB Dato Ustaz Hj. Abdullah bin Yaacob,Speaker Kerajaan Negeri Kelantan.Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Dr. Suratan bin Kamarudin Pengarah DVS Kelantan, En Hassan bin Zainudin Pengurus PPIT Pasir Puteh dan pemilik Syarikat Affan Agro Sdn Bhd Saudara Afendi.
Dari kiri: Hassan, Dr. Suratan, Dato Che Abdullah, Dato Abdulllah dan sdr Afendi mempromosikan produk SASUKA

 

YB Dato Che Abdullah ditunjukkan cara penggunaan lonyen SASUKA
Jenis Rawatan Klinik

KURSUS PENGENDALIAN PROJEK INOVASI JABATAN BIL.1 TAHUN 2014

Pada 21 April 2014 sessi kursus berkaitan dengan pengendalian projek inovasi Jabatan Perkhimatan Veterinar Negeri Kelantan telah diadakan di Bilik Kijang JPVNK.Seramai 40 orang pegawai dan kakitangan JPVNK telah menghadiri kursus ini.Kursus ini dirasmikan oleh YBrs. Dr.Hj.Madzlan bin Mohd Salleh Ketua Bahagian Industri selaku pengerusi Jawatankuasa Induk Kualiti JPVNK.

Dr.Madzlan sedang memberi taklimat program Inovasi JPVNK 2014 kepada peserta
Fasilitator dan sebahagian ahli SURIA terlibat secara aktif dalam sessi kursus kali ini.Sebanyak 5 pasukan KIK telah memulakan merangka projek-projek yang akan dijalankan.
Jenis Rawatan Klinik

SURIA DIBERI PENGHORMATAN DI SOFT LAUNCH MAHA DAN HPPNK 2014

Soft Launch MAHA dan HPPNK 2014 telah diadakan di Hall 2,MAEPS Serdang pada 10 April 2014.Program ini dirasmikan oleh YB Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani.Kumpulan SURIA diberi penghormatan bagi mempamirkan inovasi PASTURIA yang di menagangi dalam Konvensyen KIK peringkat kebangsaan 2013.

Inovasi PASTURIA ini telah menarik minat pengunjung dan tetamu kehormat YB EXCO Pertanian Negeri Kelantan dan YH. Dato’ Dr. Mohd Azmei Timbalan Ketua Pengarah DVS Malayisia.

YB Dato’ Exco Pertanian Negeri Kelantan dan YH.Dato’ TKP DVS bersama kumpulan SURIA di Soft Launch MAHA dan HPPNK 2014 MAEPS 10.4.2014.
Kiri : Surat jemputan Kanan: PASTURIA Gah di Soft Launch MAHA 2014.
Jenis Rawatan Klinik

SAMBUTAN HARI INOVASI MOA 2013

Majlis sambutan Hari Inovasi MOA 2013 telah diadakan pada 10 Disember 2013 bertempat di Dewan Serbaguna Wisma Tani.Kumpulan KIK Suria diberi penghormatan khas pada majlis itu diatas pencapaian sebagai juara kategori teknikal/kementerian.

PENCAPAIAN KUMPULAN KIK JABATAN 2013

KONVENSYEN KIK KE 30 DI BORNEO CONVENTION CENTRE KUCING 30 NOVEMBER – 3 DISEMBER 2013

KUCHING: Dua kumpulan dari Pahang, Dimensi dan UK’s Global serta Synergy 10.1 dari Jabatan Perdana Menteri dan Suria dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani masing-masing merangkul Anugerah Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan Ke-30 2013, di sini semalam.
Dimensi dan UK’s Global mengungguli kategori Negeri / Pengurusan dan Teknikal manakala Synergy 10.1 dan SURIA mendominasi kategori Kementerian / Pengurusan dan Teknikal.Setiap pemenang membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, piala serta sijil.
Gambar Kumpulan KIK Suria dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan sempena Konvensyen Peringkat Kebangsaan kali ke 30 di Kuching Serawak.
Kumpulan Suria bergambar bersama pengarah dan VIP yang lain selepas menerima anugerah KSN

 

Bergambar bersama pegawai urusetia KIK MOA dan DVS Putrajaya

 

Ahli kumpulan Suria bergambar bersama trofi, mock -cheque dan sijil

 

Kumpulan KIK Suria dalam majlis hi-tea Majlis penyampaian anugerah Konvensyen KIK 2013

 

Kumpulan Suria bersedia menyampaikan persembahan si pentas Konvensyen KIK 2013

 

JOHAN KATEGORI TEKNIKAL PADA KONVENSYEN KIK PERINGKAT KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI 2013
Dalam Konvensyen KIK peringkat Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani yang diadakan pada 10-13 September 2013 bertempat di Dewan Serbaguna MOA,Putrajaya, Kumpulan SURIA telah dinobatkan Johan Kategori teknikal,Persembahan Terbaik dan Fasilitator Terbaik.Piala dan sijil dan hadiah disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri bin Yacoob Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani.Kumpulan SURIA telah membawa pulang hadiah wang tunai RM5000.00 sebagai johan kategori teknikal dan RM1000.00 sebagai pasukan persembahan terbaik.

Ketua Kumpulan En.Zailani menerima mock check bernilai RM1000.00 atas kemenangan juara KIK kategori teknikal

JOHAN KATEGORI TEKNIKAL PADA KONVENSYEN KIK PERINGKAT JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR 2013
Dalam Konvensyen KIK peringkat Jabatan Perkhidmatan Veterinar(JPV) yang diadakan pada 25-26 Jun 2013 di Sabah Kumpulan SURIA telah dinobatkan Johan Kategori teknikal. Piala Pusingan dan hadiah wang tunai sejumlah RM5,000.00 telah disampaikan oleh Dato’ Ketua Pengarah JPV Malaysia.Majlis penyampaian hadiah berlangsung di Hotel Promenade Kota Kinabalu, Sabah.
Kumpulan SURIA bergambar bersama Dato.Ketua Pengarah dan Pengarah JPV Sabah.

 

Sejarah pencapaian Kumpulan KMK/KIK Jabatan diperingkat Jabatan,Negeri dan Kebangsaan tahun 1996-2011.