Fungsi JPVNK

Fungsi Utama Bahagian Pentadbiran :

o   Pentadbiran Am
o   Pengurusan Kewangan
o   Pengurusan Perkhidmatan

Fungsi Utama Bahagian Kesihatan Veterinar :

o   Pengawalan dan pencegahan penyakit
o   Perkhidmatan regulatori dan kawalselia
o   Perkhidmatan regulatori dan kawalselia
o   Kesihatan awam veterinar
o   Rawatan

Fungsi Utama Bahagian Pembangunan Industri Ternakan

Merancang dan mengawal pelaksanaan program yang berkaitan dengan pengeluaran ternakan dan hasilan ternakan seperti;

o   Program Pedaging
o   Program Tenusu
o   Program Pembiakan Dan Pembakaan
o   Program Unggas
o   Program Pemakanan Ternakan
o   Program Aneka Haiwan
o   Program Industri Asas Tani Berasaskan Ternakan
o   Program Pembangunan Sumber Manusia
o   Perancangan Dan Penilaian

Logo

Bentuk dan Warna
Pada asalnya logo ini dibentukkan dari huruf ‘V’, daripada mana sejumlah besar esen dan Perkhidmatan Haiwan diunsurkan. Salah satu lengan pada V itu menyerupai huruf ‘M’ dan diwarnakan merah. Lengan yang satu lagi itu berlatarkan warna biru dan mempunyai sisi dalaman yang jelas dan terang. Sementara separuhan luar lengan itu ditompokkan dengan segiempat-segiempat dalam beberapa warna, yang mana juga kesemuanya memberi bentuk terbuka kepada sisi berkenaan. Empat warna yang digunakan (merah, biru, putih dan kuning) adalah untuk memperingatkan warna bendera Malaysia
Penjelasan
Huruf ‘V’ itu adalah lebih dari untuk mengutarakan perkataan ‘Veterinar’. Malah ianya melambangkan suatu perkhidmatan yang mempunyai visi dan vitaliti serta bersifat versatil dalam semua bidang pendekatan dan kegiatan berhubung dengan objektif-objektif Jabatan, sumbangannya kepada keunggulan profesional, kesejahteraan hidup masyarakat dan pembangunan negara.
Apabila huruf ‘M’ iaitu diserlahkan dengan ‘V’ untuk menjadikan ‘VM’, maka ianya memberi makna Veterinar Malaysia, iaitu nama alternatif kepada Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Veterinary Medicine (Perubatan Veterenar), iaitu salah satu bidang liputan dan tanggungjawab terbesar Jabatan.
Kepala panah berwarna biru disebelah kiri menunjukkan pergerakan yang berterusan dan mengikut arah kehadapan yang terancang. Petak-petak segiempat berwarna biru, putih dan kuning menandai pola-pola dalam memori yang tidak mempunyai akhiran. Ianya juga membawa maksud kreativiti dan inovasi yang terbuka luas ke arah memajukan sains veterinar dan bioteknologi masa depan.
Warna-warna bendera menajakan sikap patriotisme yang digembelingkan dengan usaha ikhlas serta bersungguh-sungguh untuk membawa maruah dan prestej kepada Bangsa dan Negara Malaysia.

Visi, Misi & Objektif JPVNK

VISI JABATAN

Industri ternakan menjadi komersial dan bersepadu sepenuhnya yang mengeluarkan makanan yang berkualiti dari hasil ternakan bagi  mencapai tahap saradiri Negara dan eksport.

MISI JABATAN :

Kami komited kepada pertumbuhan  pertumbuhan industri ternakan yang mantap bagi membekal makanan yang bermutu dan selamat dari hasilan ternakan untuk kegunaan Negara dan eksport dengan menyediakan perkhidmatan veterinar yang berkualiti dari individu yang bermotivasi , mahir dan kreatif.

OBJEKTIF JABATAN :
  • Mencegah, mengawal dan membasmi penyakit-penyakit haiwan dan zoonotik.
  • Menggalak pertumbuhan dan pembangunan industri haiwan yang mantap
  • Menentukan bahan-bahan haiwan untuk makanan manusia suci, bersih dan sesuai untuk dimakan.
  • Menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan industri makanan haiwan.
  • Menentukan kebajikan dan kesejahteraan semua haiwan sentiasa terpelihara.

Sejarah JPVNK


Perkhidmatan Haiwan di negeri Kelantan bermula pada tahun 1928, manakala Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Kelantan ditubuhkan pada tahun 1949. Pada tahun 1983, Ibu Pejabat JPH Negeri Kelantan telah berpindah dari Jalan Telipot ke bangunan baru yang ada sekarang di Kubang Kerian. Pada 2 April 2008 JPH melalui proses penjenamaan semula dan mula dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS). Selaras dengan perkembangan fungsi dan tanggungjawab, penyusunan semula organisasi Jabatan berkua tkuasa mulai pada 1 Januari 2009.