Jenis Rawatan Klinik

Rancangan Malaysia Ke-9

PERUNTUKAN

PENCAPAIAN PROGRAM PEMBANGUNAN INDUSTRI TERNAKAN RMK-9 (2006-2010)

 

 

Dalam tempoh Rancangan Malaysia ke Sembilan(2006-2010) nilai pengeluaran komoditi ternakan Negeri Kelantan  diperingkat ladang sebanyak RM 1,296.48 juta. Daging ayam adalah penyumbang terbesar kepada nilai pengeluaran iaitu sebanyak 68.84 % atau RM 892.49 juta. Komoditi daging lembu/kerbau adalah penyumbang yang kedua terbesar iaitu sebanyak 24.71 % dengan nilai RM 320.38 juta dikuti oleh komoditi telur ayam/itik sebanyak 5.08 %.

 

 

PENCAPAIAN PENGELUARAN KOMODITI 2005-2015

Pengeluaran komoditi ternakan Negeri Kelantan 2005-2015 telah meningkat secara purata sebanyak 7.5% setahun dan putara penggunaan juga turut meningkat 4.1 % setahun.Manakala tahap sara diri 54.4 % pada tahun 2015.

 

 

KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN SKIM PAWAH LEMBU PERUNTUKAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN DI SEPANJANG TEMPOH RMK-9.

RINGKASAN
Penilaian ini bertujuan untuk mengukur sejauh mana keberkesanan  projek untuk kesejahteraan rakyat anjuran  pihak Kerajaan dalam rangka untuk membantu  golongan sasar yang ditetapkan di sepanjang tempoh RMK-9 (2006-2010)

Penilaian ini telah memberi jawapan secara fakta  kepada beberapa persoalan  yang selama ini sering dibangkitkan secara andaian  terhadap keberkesanan skim pawah. Berdasarkan kepada hasil penemuan penilaian yang dibuat, secara keseluruhannya pelaksanaan Skim Pawah Ternakan Jabatan bagi tempoh RMK-9 berada pada tahap MEMUASKAN

Sebagai sebuah projek kesejahteraan rakyat, Skim Pawah Ternakan ini telah mampu memenuhi objektif tertentu sebagaimana  yang telah ditetapkan. Bagaimanapun terdapat beberapa aspek pelaksanaan yang perlu ditambahbaik bagi menjamin keberkesanannya di masa-masa akan datang.

PENGENALAN TENTANG SKIM BANTUAN PAWAH  TERNAKAN
“Pawah Ternakan“ merupakan suatu istilah yang begitu sinonem dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Skim Bantuan Pawah Ternakan bermaksud bantuan yang berbentuk kredit induk ternakan sama ada lembu, kerbau, kambing atau bebiri yang diberikan kepada penternak untuk dipelihara. Setiap pemberian bantuan akan disertai dengan perjanjian bertulis yangmana syarat-syaratnya perlu dipatuhi oleh kedua-dua pihak, iaitu Jabatan Perkhidmatan Haiwan bagi pihak Kerajaan dan penternak.

Perjanjian pawah ini akan dianggap tamat atau selesai setelah penternak berjaya mengembalikan seekor anak sama ada betina atau jantan dewasa bagi setiap ekor induk yang diterima. Perjanjian juga akan dikira tamat sekiranya berlaku kematian induk, kehilangan, penyingkiran dan lain-lain alasan yang diperakui oleh pihak Jabatan.

Skim bantuan pawah ini merupakan salah satu dari produk terawal yang ditawarkan kepada golongan penternak selaku pelanggan Jabatan dan sehingga kini dianggap masih relevan dan menjadi medium berkesan untuk menghubungkan pihak Jabatan dengan penternak. Di Negeri Kelantan, skim ini telah mula dilaksanakan seawal Tahun 1961.Bantuan pawah yang diberikan berbentuk sama ada pawah baru atau pawah semula. Pawah baru bermaksud induk ternakan yang dibeli oleh Jabatan dan dibekalkan kepada penternak yang berkaitan. Manakala pawah semula bermaksud anak betina dewasa hasil dari pawah yang diambil dari seseorang penternak bagi tujuan menamatkan perjanjian dan diberi pawah semula kepada penternak lain.

Diantara objektif skim pawah ini adalah untuk memperluaskan aktiviti menternak di kalangan rakyat miskin di luar bandar, menambah pendapatan sampingan penternak serta membantu meningkatkan pengeluaran daging tempatan.

Walaupun telah sekian lama dilaksanakan, sehingga kini belum terdapat kajian secara khusus mengenai kesan dari pelaksanaan skim tersebut. Apa yang kita temui hanyalah penilaian yang dibuat yangmana  lebih kepada andaian yang samar, tanpa didasarkan kepada fakta-fakta yang lengkap.

LATARBELAKANG KAJIAN

Skop Penilaian :

  1. Penilaian dibuat ke atas pelaksanaan Skim Pawah Ternakan di seluruh Negeri Kelantan (Peruntukan Pembangunan Negeri)
  2. Agihan  antara tahun 2006 hingga 2010 (RMK-9)
  3. Pawah lembu sahaja

OBJEKTIF PENILAIAN

  1. untuk mendapatkan gambaran tahap kemajuan terkini Skim Pawah Ternakan Jabatan
  2. untuk menilai sumbangan skim ini di dalam konteks pembangunan industri ternakan.
  3. untuk mengemaskini parameter penting yang dijadikan sebagai penanda aras dalam pengurusan Skim Pawah Ternakan
  4. untuk mengenalpasti cabaran atau halangan serta mencadangkan norma-norma kerja yang sesuai di mana perlu untuk penambahbaikan dalam pengurusan projek-projek Jabatan.

KAEDAH  PENILAIAN  

  1. Analisis ke atas data dalam Sistem Maklumat Pawah Jabatan (SISMAP)
  2. Soalselidik
  3. Semakan rambang ke atas Buku Rekod Utama/Buku Pendaftaran Pawah (Master Record) & Surat Perjanjian Pawah
  4. Membuat perbandingan dengan hasil kajian pawah Jajahan Pasir Puteh yang dijalankan  pada tahun 2005 (selepas ini dirujuk sebagai PP’05)
  5. Menggunakan  pendekatan secara skala pemarkahan bagi menilai kemajuannya

Penilaian Secara  Skala Pemarkahan

% PENCAPAIAN TAHAP  PENILAIAN
85  – 100 CEMERLANG
70  –    84 AMAT BAIK
55  –    69 BAIK
40  –    54 MEMUASKAN
30  –    39 KURANG MEMUASKAN
<   30 LEMAH

Perbandingan Kajian PP’05 Dengan  RMK-9

PERKARA PP’05 RMK-9
1. Tempoh liputan 1968 – 2003 2006-2010
2. Skop Pasir Puteh sahaja Semua jajahan
3. Jumlah kes pawah

yang dianalisis

2,894 kes 2,354 kes
4. Sumber Rujukan VEINS(Pintaf), Rekod Utama, Soalselidik SISMAP, Rekod Utama, Soalselidik
5. Ternakan Lembu sahaja Lembu sahaja

PETUNJUK PRESTASI YANG DINILAI

  1. Kadar Penyelesaian Secara Umum
  2. Kadar Penyelesaian Secara Produktif (Gambaran kepada Tahap Kecekapan Kerja)
  3.  Kadar  Penyelesaian Perjanjian Dalam  Tempoh  Yang Menasabah (Gambaran kepada Tahap Kecekapan Kerja)
  4. Status Pawah Belum Selesai  (Gambaran kepada Keberkesanan Sistem Pengurusan Rekod).
  5.  Kadar Kelahiran Anak Pawah  Selesai  (Gambaran kepada Keberkesanan Sistem Pengurusan Rekod).
  6. Umur  Anak Pawah Untuk  Penyelesaian Perjanjian (Gambaran kepada pematuhan terhadap  syarat-syarat perjanjian pawah)
  7. Kadar Pulangan Ternakan  (Gambaran kepada produktiviti)
  8. Kadar Pulangan Nilai Ternakan  (Gambaran kepada produktiviti)

 

SKIM  PAWAH TERNAKANKERAJAAN NEGERI KELANTAN `ISU DAN CABARAN’

DEFINISI PAWAH TERNAKAN

Skim Bantuan Pawah Ternakan bermaksud bantuan yang berbentuk KREDIT INDUK TERNAKAN sama ada lembu, kerbau, kambing atau bebiri yang diberikan kepadapenternak untuk dipelihara.

OBJEKTIF SKIM PAWAH :

  • Untuk memperluaskan aktiviti menternak di kalangan rakyat miskin di luar bandar
  • Untuk menambah pendapatan sampingan penternak
  • Untuk membantu meningkatkan pengeluaran daging tempatan.

PERUNTUKAN PEMBANGUNAN  KERAJAAN NEGERI  UNTUK SKIM PAWAH

PELAKSANAAN SKIM PAWAH

Setiap pemberian bantuan akan disertai dengan PERJANJIAN BERTULIS yang mana syarat-syaratnya perlu dipatuhi oleh kedua-dua pihak, iaitu :

Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi pihak KERAJAAN NEGERI & PENTERNAK selaku penerima bantuan Perjanjian pawah ini akan dianggap TAMAT atau selesai setelah penternak berjaya MENGEMBALIKAN SEEKOR ANAK SAMA ADA BETINA ATAU JANTAN DEWASA BAGI SETIAP EKOR INDUK YANG DITERIMA. Perjanjian juga akan dikira tamat sekiranya berlaku kematian induk, kehilangan, penyingkiran dan lain-lain alasan yang diperakui oleh pihak Jabatan.

Bantuan pawah yang diberikan berbentuk sama ada pawah baru atau pawah semula.

PAWAH BARU :

bermaksud induk ternakan yang dibeli oleh Jabatan menggunakan Peruntukan Pembangunan Negeri dan dibekalkan kepada penternak yang berkaitan.

PAWAH SEMULA :

bermaksud anak betina dewasa hasil dari pawah yang diambil dari seseorang penternak bagi tujuan menamatkan perjanjian dan diberi pawah semula kepada penternaklain.

KADAR PENYELESAIAN PAWAH

Bermaksud peratus perjanjian yang telah ditamatkan berbanding dengan jumlah keseluruhan ternakan yang diagih.Kadar penyelesaian secara umum belum lagimemberikan gambaran yang tepat terhadap prestasi sebenar skim pawah.Ia hanya mampu memberikan gambaran status sesuatu perjanjian itu, sama ada selesai ataubelum.Hanya penyelesaian secara produktif sahaja  yang mampu menggambarkan kejayaan atau kegagalan skim tersebut sama ada kepada pihak kerajaan ataupunpenternak selaku golongan sasar.

Kadar Penyelesaian Secara Umum (PU) :

Kadar PU = Jumlah Perjanjian Yang Telah Selesai     X  100
Jumlah Keseluruhan Perjanjian

PENYELESAIAN SECARA PRODUKTIF

Bermaksud peratus penyerahan balik anak jantan atau betina dewasa oleh pemawah kepada kerajaan bagi tujuan penamatan perjanjian berbanding dengan keseluruhan jumlah perjanjian yang selesai. Kaedah begini dianggap produktif kerana mampu mendatangkan pulangan hasil yang maksimum.

Kaedah seperti singkiran  tidak mendatangkan pulangan yang maksimum, manakala kematian atau hapus kira langsung tidak mendatangkan pulangan sama ada kepada kerajaan mahupun penternak dan cara ini dianggap sebagai penyelesaian yang tidak produktif.

Penyelesaian Secara Produktif (PP) = Jual AJ, Jual AB & PS
Penyelesaian Tidak Produktif (PTP) = Singkir, Induk Mati, Hapuskira
Kadar PP = (Jum. Jual AJ + Jum. Jual AB + Jum. PS)          X  100%
Jumlah  Perjanjian Yang Selesai

Tempoh penyelesaian yang menasabah  di sini bermaksud tempoh dimana perjanjian pawah dapat ditamatkan secara produktif dalam peratusan yang tinggi serta mendatangkan pulangan hasil yang juga tinggi. Penyelesaian perjanjian dalam tempoh yang sesuai boleh memberi  gambaran tentang kemajuan sesuatu skim pawah itu. Penyelesaian yang terlalu cepat mungkin menggambarkan cara penyelesaian yang tidak produktif seperti induk mati atau hilang sebelum melahirkan anak, atau induk kemalangan atau disingkir yangmana tidak mendatangkan pulangan kepada kerajaan dan penternak.

Penyelesaian dalam tempoh yang singkat mungkin berlaku secara produktif, iaitu melalui penyerahan anak jantan atau betina, tetapi hasilnya mungkin tidak optimum disebabkan anak-anak yang masih di bawah had umur penyelesaian dan rendah nilainya

KADAR  PULANGAN PAWAH

Kadar Pulangan Pawah bermaksud apa  yang akan diperolehi oleh Jabatan sama ada dalam bentuk ternakan atau nilai ternakan yang dapat diselesaikan perjanjiannya  secara produktif berbanding dengan jumlah ternakan atau nilai ternakan yang diberi pawah.

Pulangan Pawah Dalam Bentuk Jumlah Ternakan (PPQ) = Jumlah ternakan PP + Peluang ternakan PP (yang ada di tangan penternak yang belum selesai)

Peluang ternakan PP di tangan penternak :

70% bagi tempoh perjanjian < 5 tahun & 50% bagi tempoh perjanjian 5 – 10 tahun

Kadar PPQ  = (Jumlah ternakan PP + Peluang ternakan PP) X 100%

Jumlah Keseluruhan Ternakan Diberi Pawah =  Jum. Ternakan Selesai  Secara Produktif + ( Ternakan Belum Selesai < 5 Thn x 70%) + ( Ternakan Belum Selesai > Thn x 50%) X 100%

Jumlah Keseluruhan Ternakan Diberi Pawah = ( 1,180 + 155 + 383) X 100%
= 2,354 =  73%

 

KADAR  PULANGAN NILAI  TERNAKAN PAWAH

Pulangan Pawah Dalam Bentuk Nilai Ternakan (PPN) =

Nilai ternakan PP + Peluang  nilai ternakan PP (yang ada di tangan penternak yang belum selesai)

Kadar PPN  = (Nilai ternakan PP + Peluang Nilai Ternakan PP)    X 100%
Nilai  Keseluruhan Ternakan Diberi Pawah
= RM (907,925   +  599,99)      X  100%
RM 2,793,479
= 54%

 

ISU & CABARAN

Jenis Rawatan Klinik

Rancangan Malaysia Ke-8

Laporan ini merupakan pencapaian aktiviti jabatan yang telah dilaksanakan sepanjang Rancangan Malaysian Ke Lapan(RMK-8) mulai tahun 2001-2005. Dalam RMK-8 secara keseluruhanya anggota jabatan telah menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi bagi memastikan objektif jabatan bagi membangunkan sektor penternakan di Negeri Kelantan dapat dicapai.

Pemantauan ke atas  amalan penternakan menunjukkan 70 peratus dari hasil daging lembu dan 97 peratus daripada hasil daging kambing dan bebiri datangnya dari sistem penternakan secara kecil-kecilan, manakala sebanyak 50 peratus daripada hasil daging ayam dan 29 peratus daripada hasil telur ayam adalah dari sistem perladangan kontrak.

Di bawah aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit, Jabatan berdepan dengan cabaran  dalam mengawal dan membasmi Penyakit Kuku Dan Mulut  yang berlaku pada tahun 2002, 2003 dan 2004. Di samping itu, wabak Penyakit Hawar Berdarah juga telah berlaku pada tahun 2003.  Pada tahun 2004, Negara telah dikejutkan dengan kejadian penyakit selsema burung yang pertama kali dikesan di negeri Kelantan.

Jabatan telah menyediakan pelbagai peluang dalam membangunkan modal insan di kalangan pegawai dan kakitangan serta pelanggan Jabatan melalui pelbagai kursus, bengkel dan seminar yang dianjurkan.

Di bawah program meningkatkan kualiti perkhidmatan, Jabatan telah memenangi pelbagai anugerah di sepanjang tahun 2001 hingga 2005, terutamanya dalam aktiviti kumpulan meningkat mutu kerja dan juga penyertaan di dalam anugerah pengamatan inovasi dalam perkhidmatan.

VISI JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN
Industri ternakan menjadi komersil dan bersepadu sepenuhnya, yang mengeluarkan makanan yang berkualiti dari hasilan ternakan bagi mencapai saradiri Negara dan eksport.

MISI JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN
Kami komited kepada pertumbuhan industri haiwan yang mantap bagi membekal makanan yang bermutu dan selamat dari hasil ternakan untuk kegunaan dalam negeri dan eksport dengan menyediakan perkhidmatan veterinary yang berkualiti dari individu yang bermotivasi, mahir dan kreatif.

OBJEKTIF JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN

  • Untuk mengawal, mencegah dan membasmi penyakit haiwan
  • Untuk menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan industri ternakan yang mapan
  • Untuk menjamin makanan dari hasil ternakan selamat dan sesuai untuk makanan manusia.
  • Untuk menggalakkan pertumbuhan dan kemajuan industri makanan ternakan.
  • Untuk menjamin kebajikan dan kesejahteraan semua ternakan.

PELANGGAN JABATAN
Secara umumnya, pelanggan Jabatan terbahagi kepada tujuh golongan, iaitu :

  • Penternak dan pengeluar ternakan
  • Pedagang ternakan dan hasilan ternakan
  • Pemilik haiwan
  • Pengguna bahan ternakan
  • Agensi-Agensi Kerajaan
  • Agensi-agensi antarabangsa
  • Stakeholders yang lain.

PRESTASI HASIL 2001-2005

HASIL NEGERI 2001-2005

Secara keseluruhannya dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-8 (2001-2005) Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah berjaya menyumbang hasil kepada kerajaan negeri  sebanyak RM 5,140,037.74 .kadar pungutan hasil meningkat dari setahun ke setahun dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-8 dengan kadar pertambahan sebanyak 8.34 % setahun.Pada tahun 2001 sebanyak RM 862,275.87 telah berjaya dipungut dan meningkat kepada RM1,221,786.24 pada tahun 2005.

Jadual : Pungutan Hasil Negeri 2001-2005
Carta Turus: Pungutan Hasil Negeri 2001-2005

 

HASIL PERSEKUTUAN 2001-2005

Manakala hasil kerajaan Persekutuan secara keseluruhannya dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-8 (2001-2005) telah merosot secara ketara sebanyak 11.96 % setahun. Jabatan Perkhidmatan Veterinar hanya telah berjaya memungut hasil  kerajaan persekutuan  sebanyak RM 428,265.46. Pada tahun 2001 sebanyak RM107,041.66 telah berjaya dipungut dan merosot setiap tahun kepada RM 43,045.20 pada tahun 2005.

Jadual : Pungutan hasil Persekutuan 2001-2005

 

Carta Turus: Pungutan Hasil Persekutuan 2001-2005

 

PRESTASI PENGURUSAN KEWANGAN 2001-2005

1. PERUNTUKAN MENGURUS NEGERI

Dalam tempoh Rancangan Malayisa Ke Lapan Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menerima sebanyak RM 22,2,84,893 peruntukan mengurus dari Kerajaan Negeri. Peruntukan Kerajaan Negeri bertambah pada setiap tahun seiring dengan peningkat kos pengurasan jabatan. Secara keseluruhnya prestasi perbelanjaan peruntukan mengurus adalah sangat baik dengan kadar purata perbelanjaan sebanyak 93.42 % setahun.

Jadual : Prestasi Perbelanjaan Peruntukan Mengurus Negeri 2001-2005

 

Carta Garis : Prestasi Perbelanjaan Peruntukan Mengurus Negeri 2001-2005

 

Secara purata perbelanjaan peruntukan mengurus negeri dalam Rancangan Malaysia Ke Lapan adalah sebanyak 92.73 %. Peratus. Perbelanjaan tertinggi adalah pada tahun 2004 iaitu sebanyak 99.50 % dan perbelanjaan yang terendah adalah pada tahun 2005 iaitu sebanyak 89.35 %.

Carta turus : Peratus Perbelanjaan Peruntukan Mengurus Negeri 2001-2005

 

2. PERUNTUKAN PEMBANGUNAN NEGERI

Secara keseluruhannya sejumlah RM 9.0 juta peruntukan pembangunan diperuntukan oleh Kerajaan Negeri Kelantan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-8 dan sebanyak RM8,821,002.81 atau 98.01 peratus telah dibelanjakan.

Jadual : Jumlah Peruntukan Pembanguan Negeri 2001-2005

 

Carta turus : Prestasi Perbelanjaan Peruntukan Pembanguan Negeri 2001-2005

 

PERUNTUKAN PERSEKUTUAN 2001-2015

Sebanyak RM 3,725,242.60 peruntukan mengurus telah diterima dari Kerajaan Persekutuan dalam Rancangan Malaysia ke-8. dari jumlah tersebut sebanyak RM 3,422,325.08 atau 92.3 % telah dibelanjakan.

Jadual : Peruntukan Mengurus Persekutuan 2001-2005

 

Carta garis : Prestasi Perbelanjaan Peruntakan Mengurus Persekutuan 2001-2005

 

Secara purata perbelanjaan peruntukan mengurus persekutuan dalam Rancangan Malaysia Ke Lapan adalah sebanyak  92.72 %  . Perbelanjaan tertinggi adalah pada tahun 2003 iaitu sebanyak 99.35 % dan perbelanjaan yang terendah adalah pada tahun 2004 iaitu sebanyak 86.00 %.

Carta garis : Peratus Perbelanjaan Peruntukan Mengurus Persekutuan 2001-2005

 

STATISTIK TERNAKAN 2001-2005

Dari segi perangkaan banci tahunan dari 2001-2005 menunjukkan berlakunya penurunan pada populasi ternakan kecuali lembu tenusu yang menunjukkan peningkatan.

Populasi lembu pedaging Negeri Kelantan dalam tempoh Rancangan Malaysia ke Lapan telah menurun dengan kadar  0.9 % setahun dari tahun 118,626 ekor pada tahun 2001 kepada 113,080 pada tahun 2005.Secara amnya penurunan populasi ini disebabkan oleh kadar penyembelihan yang tinggi.

Populasi daging ayam mengalami perubahan yang ketara,meningkat sebanyak 56.15 % dari tahun 2001 kepada 2002 dan terus menurun pada tahun berikutnya dengan kadar 12.65 %.

Jadual 01 : Banci Ternakan Negeri Kelantan 2001-2005

 

Carta garis : Perubahan populasi lembu,kerbau dan lembu tenusu Negeri Kelantan 2001-2005

 


Carta garis : Perubahan populasi kambing dan bebiri Negeri Kelantan 2001-2005

 

Carta garis : Perubahan populasi ayam pedaging Negeri Kelantan 2001-2005

 

Carta garis : Perubahan populasiitek dan puyuh Negeri Kelantan 2001-2005

 

 

PENGELUARAN KOMODITI UTAMA NEGERI KELANTAN 2001-2005

Dalam Rancangan Malaysia Ke Lapan( 2001-2005) Pengeluaran komoditi ternakan Negeri Kelantan sebanyak 171,097.91 tan metrik. Secara keseluruhannya daging ayam adalah penyumbang tertinggi kepada pengeluaran komoditi ternakan Negeri Kelantan iaitu sebanyak 82 % atau sebanyak 140,784.11 tan metrik. Pengeluran daging lembu ditempat kedua sebanyak 8.4 % atau sebanyak 14,447.98 tan metrik.

Pengeluaran telur ayam/itik sebanayk 8.1 % atau 13,872.07 tan metrik diikuti oleh susu segar 0.7 % dan daging kambing 0.5 %.

Jadual : Pengeluaran Komoditi ternakan 2001-2005(TM)

 

Carta pie : Peratus Pengeluran komoditi ternakan Negeri Kelantan 2001- 2005

 

Pengeluaran komoditi daging lembu dalam tempoh  Rancangan Malaysia Ke Lapan( 2001-2005) bergerak dalam jajaran mendatar dengan pengeluaran tertinggi pada tahun 2002 sebanyak 3,223.97 tan metrik dan pengeluaran terendah pada tahun 2003 sebanyak 2,354.28 tan metrik. Jurang perbezaan pengeluaran adalah 869.69 tan metrik atau 26.98 %.

Carta turus: Pengeluaran Daging lembu /kerbau 2001-2005

 

Carta turus : Pengeluaran Daging Kambing/bebiri 2001-2005

 

Carta turus : Pengeluaran Daging Ayam 2001-2005

 

Carta turus : Pengeluaran Telur 2001-2005

 

Carta turus : Pengeluaran susu segar 2001-2005

 

 

Jadual : Nilai Pengeluaran Komoditi Ternakan Negeri Kelantan 2001-2005(RM-juta)

 

Carta turus : Nilai Pengeluaran Daging lembu/Kerbau 2001-2005(RM)

 

Carta turus : Nilai Pengeluaran Daging Ayam 2001-2005(RM-juta)

 

Carta turus : Nilai Pengeluaran Susu Segar 2001-2005(RM)

 

Penggunaan daging lembu/ kerbau dari tahun 2001 hingga 2005 secara keseluruhan telah menurun dengan kadar purata 3.1 peratus. Dari segi penggunaan perkapita juga turut menurun dengan kadar purata 2.96 % setahun.Walau bagaimana pun tahap sara diri telah meningkat secara purata sebanyak 7.12 % setahun.

Jadual ; Penggunaan Daging Lembu/Kerbau Negeri Kelantan 2001-2005

 

Carta turus : Penggunaan Daging/Lembu Kerbau 2001-2005

 

Carta turus : Penggunaan Perkapita Daging/Lembu Kerbau 2001-2015

 

 

PROGRAM DAN AKTIVITI PEMBIAKAN DAN PEMBAKAAN

Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-8 (2001-2005) sebanyak 27,748 suntikan Permanian Beradas telah dijalankan keatas lembu dan kambing di seluruh Negeri Kelantan. Sebanyak 7,934 induk lembu telah menjalani pemeriksaan kebuntingan.Manakala 698 ekor lembu,kebau dan kambing pula dijalankan pemeriksaan dayabiak.

Jadual : Aktiviti dibawah Program Pembiakan dan Pembakaan 2001-2005

 

Carta turus : Bilangan Suntikan Permanian Beradas 2001-2005(kes)

 

Carta turus : Bilangan pemeriksaan dayabiak 2001-2005(ekor)

 

Carta turus : Bilangan Pemeriksaan kebuntingan 2001-2005(ekor)

 

PENCAPAIAN PROGRAM KAWALAN PENYAKIT

Dalam program kawalan Penyakit Haiwan Kebangsaan(PKPHK) penyakit terbahagi kepada
  • Penyakit berkepentingan Perdangangan
  • Penyakit berkepentingan kesihatan awam/zoonotik
Aktiviti Kawalan dan pencegahan penyakit yang dijalankan adalah:-
  • Suntikan pencegahan dan pelalian penyakit Kuku dan Mulut,Penyakit Hawar Berdarah di jajahan dan daerah yang berisiko tinggi.
  • Menjalankan ujian saringan penyakit Brucelosis pada ternakan untuk tujuan pembiakan, penggemukan dan ternakan yang akan dipindah keluar dari NegeriKelantan.
Jadual : Bilangan suntikan pelalian Penyakit Kuku dan Mulut 2001-2005

 

Carta turus : Bilangan suntikan pelalian Penyakit Kuku dan Mulut 2001-2005

 

LAPORAN KEJADIAN WABAK PENYAKIT KUKU DAN MULUT 2002

 

LAPORAN KEJADIAN WABAK PENYAKIT KUKU DAN MULUT 2003

 

LAPORAN KEJADIAN WABAK PENYAKIT KUKU DAN MULUT 2004

 

Carta turus : Bilangan suntikan pelalian Hawar Berdarah 2001-2005

 

PROGRAM ANTI RABIES 2001-2005

Jadual : Aktiviti dibawah Program Anti Rabies 2001-2005

 

Carta turus : Jumlah pelesenan anjing 2001-2005

 

Carta turus : Jumlah pemusnahan anjing 2001-2005

 

Carta turus : Jumlah suntikan pelalian Anti Rabies 2001-2005
Jenis Rawatan Klinik

RANCANGAN MALAYSIA KE-7

PENCAPAIAN PEMBANGUNAN RANCANGAN MALAYSIA KE TUJUH (1996-2000) JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN NEGERI KELANTAN

Laporan ini merupakan pencapaian aktiviti jabatan yang telah dilaksanakan sepanjang Rancangan Malaysia Ke Tujuh (RMK-7) mulai tahun 1996-2000.Dalam RMK-7 secara keseluruhanya anggota jabatan telah menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi bagi memastikan objektif jabatan bagi membangunkan sektor penternakan di Negeri Kelantan dapat dicapai.

PRESTASI KEWANGAN

HASIL
Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke Tujuh (1997-2000) Jabatan perkhidmatan Haiwan  telah berjaya menyumbang sejumlah RM 3,328,963.73 hasil kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Jumlah pungutan hasil menunjukkan peningkatan menegak dengan kadar purata sebanyak 10.7 % setahun.
Jadual : Pungutan Hasil Kerajaan Negeri 1996-2000
Carta Turus: Pungutan hasil Kerajaan Negeri 1996-2000
PERUNTUKAN PEMBANGUNAN 1996-2000

PERUNTUKAN NEGERI

Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke Tujuh (1996-2000) Jabatan perkhidmatan Haiwan  telah mendapat peruntukan dari Kerajaan Negeri  sebanyak RM 8,500,000.00.Sebanyak RM 8346,649.26 atau 98.20 % telah dibelanjakan.Projek-projek pembangunan yang dibiayai dibawah peruntukan pembangunan negeri adalah seperti berikut:-

  • Rancangan Operasi Induk Anak lembu
  • Rancangan Perkembangan Perusahaan Lembu dan Kambing Tenusu
  • Rancangan Pemeliharaan kambing dan Bebiri
  • Rancangan Perkembangan Perusahaan Pedaging
  • Rancangan pembakaan
  • Rancangan Perintis Pemeliharaan Rusa
  • Rancangan Pembangunan Pusat Perkhidmatan Haiwan dan Promosi Hasil Ternakan.

 

Jadual : Terimaan dan Perbelanjaan Peruntukan Pembangunan Kerajaan Negeri 1996-2000

 

Carta Turus : Terimaan dan Perbelanjaan Peruntukan Pembangunan Kerajaan Negeri 1996-2000

PERUNTUKAN PERSEKUTUAN

Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke Tujuh (1997-2000) Jabatan perkhidmatan Haiwan  telah mendapat peruntukan dari Kerajaan Persekutuan  sejumlah RM 3,304,431.00. Sebanyak RM 3,256,879.47 atau 98.56 % telah dibelanjakan.rojek-projek pembangunan yang dibiayai dibawah peruntukan pembangunan persekutuan adalah seperti berikut:-

  • Rancangan Perkembangan Perusahaan Kambing
  • Pembangunan Ladang Kambing
  • Rancangan Ternak Lembu/Kerbau TAC G. Musang
  • Perkembangan Padang Ragut
  • Penyiasatan Penyakit
  • Rancangan Pembakaan
  • Projek Pembangunan Rakyat Termiskin
  • Pusat Kuarantin Rantau Panjang
  • Makmal Diagnosa Veterinar Kota Bharu
  • Pusat Ternakan Haiwan Pantai Timor

 

Jadual : Terimaan dan Perbelanjaan Peruntukan Pembangunan Kerajaan Persekutuan 1996-2000

 

Carta Turus : Terimaan dan Perbelanjaan Peruntukan Pembangunan Kerajaan Persekutuan 1996-2000

 

PEMBANGUNAN INDUSTRI TERNAKAN 1999-2000

Jadual : Bancian Ternakan Negeri Kelantan 1996-2000

 

Secara keseluruhannya dalam tempoh Rancangan Malaysia ke Tujuh(1996-2000) populasi lembu menurun sebanyak 2.95  peratus dari 141,760 ekor pada 1996 kepada 120,877 ekor pada tahun 2000

Carta Turus: Bancian Lembu Negeri Kelantan 1996-2000

 

Secara keseluruhannya dalam tempoh Rancangan Malaysia ke Tujuh(1996-2000) populasi kerbau menurun sebanyak 6,20 peratus dari 13,752 ekor pada 1996 kepada 9,488 ekor pada tahun 2000.

Carta Turus: Bancian Kerbau Negeri Kelantan 1996-2000

 

Carta Turus: Bancian Lembu Tenusu Negeri Kelantan 1996-2000

 

Secara keseluruhannya dalam tempoh Rancangan Malaysia ke Tujuh(1996-2000) populasi kambing menurun sebanyak 2.29 peratus dari 53968 ekor pada 1996 kepada 47,790 ekor pada tahun 2000.

Carta Turus: Bancian Kambing Negeri Kelantan 1996-2000

 

Carta Turus: Bancian Bebiri Negeri Kelantan 1996-2000

 

Carta Turus: Bancian Ayam Daging Negeri Kelantan 1996-2000

 

Carta Turus: Bancian Khinzir Negeri Kelantan 1996-2000

 

Carta Turus: Bancian Ayam Kampung Negeri Kelantan 1996-2000

 

Carta Turus: Bancian Itik Daging Negeri Kelantan 1996-2000

 

Carta Turus: Bancian Itik Telur Negeri Kelantan 1996-2000

 

PENGELUARAN KOMODITI TERNAKAN PERINGKAT LADANG NEGERI KELANTAN 1996-2000

Jadual : Pengeluaran Komoditi Ternakan Peringkat Ladang Negeri Kelantan 1996-2000

 

Carta Turus: Pengeluaran Daging lembu Peringkat Ladang Negeri Kelantan 1996-2000

 

Carta Turus: Pengeluaran Daging Kerbau Peringkat Ladang Negeri Kelantan 1996-2000

 

Carta Turus: Pengeluaran Daging Kambing Peringkat Ladang Negeri Kelantan 1996-2000

 

Carta Turus: Pengeluaran Daging Bebiri Peringkat Ladang Negeri Kelantan 1996-2000

 

Carta Turus: Pengeluaran Ayam Daging Peringkat Ladang Negeri Kelantan 1996-2000(ribu-TM)

 


Carta Turus: Pengeluaran Itik Peringkat Ladang Negeri Kelantan 1996-2000

 

Carta Turus: Pengeluaran Telur Ayam Peringkat Ladang Negeri Kelantan 1996-2000(ribu-TM)

 

Carta Turus: Pengeluaran Telur Itik Peringkat Ladang Negeri Kelantan 1996-2000(TM)

 

NILAI KOMODITI TERNAKAN PERINGKAT LADANG NEGERI KELANTAN 1996-2000

Secara keseluruhannya dalam tempoh Rancangan Malaysia ke Tujuh(1996-2000) nilai keluaran komoditi ternakan peringkat ladang Negeri Kelantan telah meningkat sebanyak 13.39 peratus dari RM 107,615,932.99  pada 1996 kepada RM 179,682,988.69 pada tahun 2000. Daging ayam  merupakan penyumbang terbesar kepada peningkatan nilai keluaran komoditi sepanjang tempoh 1996-2000 ia itu sebanyak 42.24 %.

 

Jadual : Nilai Komoditi Ternakan Peringkat Ladang Negeri Kelantan 1996-2000

 

Carta Turus : Nilai Pengeluaran lembu Peringkat Ladang Negeri Kelantan 1996-2000

 

Carta Turus : Nilai Pengeluaran Kerbau Peringkat Ladang Negeri Kelantan 1996-2000

 

Carta Turus : Nilai Pengeluaran Kambing Peringkat Ladang Negeri Kelantan 1996-2000

 

Carta Turus : Nilai Pengeluaran Bebiri Peringkat Ladang Negeri Kelantan 1996-2000

 

Carta Turus : Nilai Pengeluaran Ayam Peringkat Ladang Negeri Kelantan 1996-2000

 

Carta Turus : Nilai Pengeluaran Telur Ayam Peringkat Ladang Negeri Kelantan 1996-2000

 

Carta Turus : Nilai Pengeluaran Telur Itik Peringkat Ladang Negeri Kelantan 1996-2000

 

Carta Turus : Nilai Pengeluaran Susu Segar Peringkat Ladang Negeri Kelantan 1996-2000

 

TAHAP SARADIRI KOMODITI TERNAKAN NEGERI KELANTAN 1996-2000

Secara keseluruhannya dalam tempoh Rancangan Malaysia ke Tujuh(1996-2000) tahap saradiri daging lembu dan kerbau telah menurun sebanyak 7.44 peratus dari 61.7 % pada 1996 kepada 38.76 %  pada tahun 2000.

Jadual : Tahap Saradiri Komoditi Ternakan Negeri Kelantan 1996-2000(%)

Secara keseluruhannya dalam tempoh Rancangan Malaysia ke Tujuh(1996-2000) tahap saradiri daging kambing dan bebiri adalah dalam keadaan stabil bergerak dalam jajaran kecil 89.60 % pada tahun 1996 meningkat kepada 100% dan stabil mulai tahun 1998 sehingga tahun 2000.

 

 

Carta Turus: Tahap Saradiri Daging Lembu/Kerbau Negeri Kelantan 1996-2000

Secara keseluruhannya dalam tempoh Rancangan Malaysia ke Tujuh(1996-2000) tahap saradiri daging kambing dan bebiri adalah dalam keadaan stabil bergerak dalam jajaran kecil 89.60 % pada tahun 1996 meningkat kepada 100% dan stabil mulai tahun 1998 sehingga tahun 2000.

 

 

Carta Turus: Tahap Saradiri Daging Kambing/Bebiri Negeri Kelantan 1996-2000

 

Carta Turus: Tahap Saradiri Daging Ayam/Itik Negeri Kelantan 1996-2000

 

Carta Turus: Tahap Saradiri Telur Ayam/Itik Negeri Kelantan 1996-2000

 

PENGGUNAAN PERKAPITA KOMODITI TERNAKAN NEGERI KELANTAN 1996-2000

Jadual : Penggunaan Perkapita Komoditi Ternakan Negeri Kelantan 1996-2000

 

Carta Turus : Penggunaan Perkapita Daging lembu/Kerbau Negeri Kelantan 1996-2000

 

Carta Turus : Penggunaan Perkapita Daging Kambing/Bebiri Negeri Kelantan 1996-2000

 

Carta Turus : Penggunaan Perkapita Daging Ayam/Itik Negeri Kelantan 1996-2000

 

Carta Turus : Penggunaan Perkapita Telur Ayam/Itik Negeri Kelantan 1996-2000

 

IMPORT TERNAKAN HIDUP DAN HASIL TERNAKAN 1996-2000

Jadual : Import Ternakan Hidup Negeri Kelantan 1996-2000

 

Carta Turus: Import lembu Hidup Negeri Kelantan 1996-2000 (ekor)

 

Carta Turus: Import Kambing Hidup Negeri Kelantan 1996-2000(ekor)

 

Carta Turus : Import Khinzir Hidup Negeri Kelantan 1996-2000
Jenis Rawatan Klinik

RANCANGAN MALAYSIA KE-6

PENCAPAIAN PROGRAM PEMBANGUNAN JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN NEGERI KELANTAN DALAM RANCANGAN MALAYSIA KE ENAM (1991-1995)

PRESTASI KEWANGAN
1. HASIL
Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke Enam (1991-1995) Jabatan perkhidmatan Haiwan telah berjaya meyumbangkan sebanyak RM 1633,752.61 kepada hasil Kerajaan Negeri.Peningkatan pungutn hasil meningkat dengan kadar 11.57 % setahun dari RM259,922.75 pada tahun 1991 kepada RM 410,280.98 tahun 1995.

 

Jadual : Pungutan Hasil Negeri 1991-1995

 

PERUNTUKAN PEMBANGUNAN

Bagi melaksanakan program dan projek-projek pembangunan ternakan dalam Rancangan Malaysia Ke Enam(RMK-6) Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Kelantan mendapat dua sumber pembiayaan dari peruntukan kerajaan negeri dan persekutuan.

PERUNTUKAN PEMBANGUNAN NEGERI
Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke Enam (1991-1995) Jabatan perkhidmatan Haiwan telah mendapat peruntukan dari Kerajaan Negeri sebanyak RM6,663,240.00. Sebanyak RM 5,965,780.34 atau 89.94 % telah dibelanjakan.Projek-projek pembangunan yang dibiayai dibawah peruntukan pembangunan negeri adalah seperti berikut:-
  • Rancangan Operasi Induk Anak lembu
  • Rancangan Perkembangan Perusahaan Lembu dan Kambing Tenusu
  • Rancangan Pemeliharaan kambing dan Bebiri
  • Rancangan Perkembangan Perusahaan Pedaging
  • Rancangan pembakaan
  • Rancangan Perintis Pemeliharaan Rusa
  • Rancangan Pembangunan Pusat Perkhidmatan Haiwan dan Promosi Hasil Ternakan.
Jadual: Peruntukan Pembangunan Negeri 1991-1995

 

Carta Turus: Peruntukan Pembangunan Negeri 1991-1995

 

PERUNTUKAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN

Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke Enam (1991-1995) Jabatan Perkhidmatan Haiwan telah mendapat peruntukan dari Kerajaan Persekutuan sebanyak RM3,810,500.00.Sebanyak RM 3,610,423.29 atau 94.74 % telah dibelanjakan

Jadual: Peruntukan Pembangunan Persekutuan 1991-1995

 

Carta Turus: Peruntukan Pembangunan Persekutuan 1991-1995

 

BANCIAN TERNAKAN
Secara keseluruhannya dalam tempoh 1991-1995 populasi semua jenis ternakan menurun kecuali ayam daging dan puyuh yang menunjukkan peningkatan.

 

Jadual: Bancian Ternakan Negeri Kelantan 1991-1995

 

Populasi lembu pedaging telah menurun secara purata sebanyak 7.84 % dari 161,361 ekor kepada 148,717 ekor dalam tempoh 5 tahun(1991-1995).

Carta Turus: Bancian Lembu Pedaging Negeri Kelantan 1991-1995

 

Populasi kerbau telah menurun secara purata sebanyak 4.26 % dari 17,243 ekor kepada 13,668 ekor dalam tempoh 5 tahun(1991-1995).

Carta Turus: Bancian Kerbau Negeri Kelantan 1991-1995

 

Carta Turus: Bancian Lembu Tenusu Negeri Kelantan 1991-1995

 

Populasi kambing telah menurun secara purata sebanyak 2.08 % dari 60,433 ekor kepada 54,133 ekor dalam tempoh 5 tahun(1991-1995).

Carta Turus: Bancian Kambing Negeri Kelantan 1991-1995

 

Populasi bebiri telah menurun secara purata sebanyak 1.78 % setahun dari 48,830 ekor kepada 44,489 ekor dalam tempoh 5 tahun(1991-1995).

Carta Turus: Bancian Bebiri Negeri Kelantan 1991-1995

 

Populasi ayam daging telah meningkat secara menegak dengan purata sebanyak 28.20 % setahun  dari 376,515 ekor kepada 907,438 ekor dalam tempoh 5 tahun(1991-1995).

Carta Turus: Bancian Ayam Daging Negeri Kelantan 1991-1995

 

Populasi ayam telur  telah menurun secara purata sebanyak 7.58 % setahun dari 23,819 ekor kepada 14,794 ekor dalam tempoh 5 tahun(1991-1995).

Carta Turus: Bancian Ayam Telur Negeri Kelantan 1991-1995

 

PENGGUNAAN DAGING LEMBU 1991-1995
Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke Enam (1991-1995) penggunaan daging lembu/kerbau Negeri Kelantan telah meningkat sebanyak 4,699.27 tan metrik dari 2,886.52 tan metrik pada tahun 1991 kepada 7,585.79 tan metrik tahun 1995 dengan purata kadar peningkatan sebanyak  32.56 % setahun.
Penggunaan perkapita daging lembu juga turut meningkat sebanyak  3.86 kg. dari 2.7 kg pada tahun 1991 kepada 6.56 kg. tahun 1995 dengan kadar purata peningkatan sebanyak 28.59 % setahun.
Walau bagaimana pun kadar saradiri daging lembu/kerbau telah merosot dengan ketara sebanyak 45.31 peratus dari 105.8 % kepada 60.49 %.
Jadual : Penggunaan Daging Lembu Negeri Kelantan 1991-1995

 

Carta Turus : Penggunaan Daging Lembu Negeri Kelantan 1991-1995

 

Carta Turus : Saradiri Daging Lembu Negeri Kelantan 1991-1995

 

Carta Turus : Penggunaan Perkapita Daging Lembu Negeri Kelantan 1991-1995

 

PENGGUNAAN DAGING KAMBING DAN BEBIRI 1991-1995
Secara keseluruhannya dalam tempoh 1991-1995 penggunaan daging kambing dan bebiri adalah dalam jajaran yang hampir stabil antara 99.30 tan metrik hingga 102.07 tan metrik setahun.
Saradiri dan penggunaan perkapita daging kambing/bebiri Negeri Kelantan juga menunjukkan perggerakan dalam jajaran yang stabil iaitu 90.04 % hingga 100 % bagi saradiri dan penggunaan perkapita pula diantara 0.07-0.08 kg.
Jadual : Penggunaan Daging Kambing/bebiri Negeri Kelantan 1991-1995

 

Carta Turus : Penggunaan Perkapita Daging kambig/bebiri Negeri Kelantan 1991-1995

 

Carta Turus : Penggunaan Perkapita Daging kambig/bebiri Negeri Kelantan 1991-1995

 

Carta Turus : Saradiri Daging Kambing/bebiri Negeri Kelantan 1991-1995

 

PENGGUNAAN DAGING AYAM NEGERI KELANTAN 1991-1995
Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke Enam (1991-1995) penggunaan daging ayam Negeri Kelantan telah meningkat sebanyak 77.36 % dari   dari 12,710.00 tan metrik pada tahun 1991 kepada 22,542.00 tan metrik tahun 1995 dengan purata kadar peningkatan sebanyak  15.47 % setahun.
Penggunaan perkapita daging ayam juga turut meningkat sebanyak 5.07 kg. dari 13.11 kg pada tahun 1991 kepada 18.18 kg. tahun 1995 dengan kadar purata peningkatan sebanyak 7.73 % setahun.
Penggunaan perkapita daging ayam Negeri Kelantan menunjukkan perggerakan dalam jajaran yang stabil iaitu antara 98.49 % hingga 98.77 %.
Jadual : Penggunaan Daging Ayam Negeri Kelantan 1991-1995

 

Carta Turus : Penggunaan Daging Ayam Negeri Kelantan 1991-1995

 

Carta Turus : Perkapita Daging Ayam Negeri Kelantan 1991-1995

 

Carta Turus : Saradiri Daging Ayam Negeri Kelantan 1991-1995

 

PENGGUNAAN TELUR AYAM/ITIK NEGERI KELANTAN 1991-1995
Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke Enam (1991-1995) penggunaan daging ayam Negeri Kelantan telah meningkat sebanyak 77.36 % dari   dari 12,710.00 tan metrik pada tahun 1991 kepada 22,542.00 tan metrik tahun 1995 dengan purata kadar peningkatan sebanyak  15.47 % setahun.

Penggunaan perkapita daging ayam juga turut meningkat sebanyak 5.07 kg. dari 13.11 kg pada tahun 1991 kepada 18.18 kg. tahun 1995 dengan kadar purata peningkatan sebanyak 7.73 % setahun.

Penggunaan perkapita daging ayam Negeri Kelantan menunjukkan perggerakan dalam jajaran yang stabil iaitu antara 98.49 % hingga 98.77 %.

Jadual : Penggunaan Telur Ayam/Itik Negeri Kelantan 1991-1995

 

Carta Turus : Penggunaan Telur Ayam/Itik Negeri Kelantan 1991-1995

 

Carta Turus : Perkapita Telur Ayam/itik Negeri Kelantan 1991-1995

 

Carta Turus : Saradiri Telur Ayam/itik Negeri Kelantan 1991-1995

 

JUMLAH PENGELUARAN KOMODITI TERNAKAN PERINGKAT LADANG NEGERI KELANTAN 1991-1995
Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke Enam (1991-1995) jumlah pengeluaran komoditi ternakan peringkat ladang Negeri Kelantan telah meningkat sebanyak 55.79 % dari   dari 19,144.14 tan metrik pada tahun 1991 kepada 29,825.57 tan metrik tahun 1995 dengan purata kadar peningkatan sebanyak  11.16 % setahun.
Peningkatan terbesar jumlah pengeluaran komoditi peringkat ladang dalam tempoh 1991-1995    disumbangkan oleh  komoditi daging ayam sebanyak 9,647 tan atau 90.32 % .
Pengurangan komoditi daging itik bergerak secara merosot dengan kadar yang merudum dari 100.00 tan metrik kepada 7.00 tan metrik atau sebanyak 93.00 % dalam tempoh 1991-1995.
Jadual : Jumlah Pengeluaran Komoditi Ternakan Negeri Kelantan 1991-1996

 

Carta Turus : Pengeluaran Daging Lembu Peringkat Ladang 1991-1995

 

Carta Turus : Pengeluaran Daging Kerbau Peringkat Ladang 1991-1995

 

Carta Turus : Pengeluaran Daging Kambing Peringkat Ladang 1991-1995

 

Carta Turus : Pengeluaran Daging Bebiri Peringkat Ladang 1991-1995

 

Carta Turus : Pengeluaran Ayam Daging Peringkat Ladang 1991-1995

 

Carta Turus : Pengeluaran Daging Itik Peringkat Ladang 1991-1995

 

Carta Turus : Pengeluaran Telur Ayam Peringkat Ladang 1991-1995

 

Carta Turus : Pengeluaran Telur Itik Peringkat Ladang 1991-1995