BORANG PENYERTAAN PAMERAN TERNAKAN HPPNK KEL 2019

(Last Updated On: July 1, 2019)

Version
Download 33
Total Views 102
Stock
File Size 72
File Type pdf
Create Date July 1, 2019
Last Updated July 1, 2019
Download

BORANG MENYERTAI PAMERAN TERNAKAN HIDUP SEMPENA HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN NEGERI KELANTAN 2019
PADA 31 July - 4 OGOS 2019
DI PANTAI BISIKAN BAYU SEMERAK PASIR PUTIH.

Syarat-syarat

  1. Borang pameran boleh didapati di semua Pejabat perkhidmatan Jajahan yang berdekatan atau di Seksyen Teknologi Pembiakan Dan Pembakaan JPV Negeri Kelantan serta dari Diy Ai yang Sah.
  2. Pihak urusetia pameran dan ahlijawatankuasa dikehendaki memperakui bahawa ternakan tersebut layak untuk dipamerkan.Hanya penyertaan yang dipilih dan layak sahaja akan ke pameran HPPNK 2019.
  3. Kos pengakutan ternakan RM100.00 pergi dan balik diberikan kepada peserta.
  4. Pihak tuan punya ternakan dipertanggungjawabkan sepenuhnya keatas pengangkutan pergi dan balik.
  5. Pihak tuan punya ternakan dipertanggungjawabkan keatas kebajikan ternakan yang berkenaan semasa pameran.
  6. Penternak adalah dikehendaki membuat pendaftaran ternakan.
  7. Ternakan perlu disuntikan pelalian veksin kuku dan mulut (FMD)
  8. Ternakan yang akan dipamer adalah dikehendaki mempunyai permit pindah dari kandang ketapak pameran dari PVJ masing-masing.
  9. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kecederaan atau kematian ternakan yang dipertandingkan.
  10. Tuan punya ternakan digalakkan mengambil insuran untuk ternakan yang menyertai pertandingan ini (jika ada)
  11. Pihak penganjur juga tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kemalangan, kecederaan atau kematian pada seseorang atau sebarang kerosakkan yang berlaku berpunca dari ternakan yang dipamerkan .
  12. Peserta-peserta mestilah sentiasa bersama ternakan mereka semasa perasmian/pameran dijalankan.
  13. Ternakan diberi pilihan utk kekal ditapak pameran HPPNK atau dibawa balik selepas hari perasmian.
  14. Ternakan juga boleh ditawarkan untuk jualan pada umum.
  15. Makan ternakan disediakan untuk semua ternakan.
  16. Ternakan masuk ke tapak pameran pada 30 July 2019.