Manual PROPER

(Last Updated On: January 20, 2019)

Version
Download 184
Total Views 322
Stock
File Size 795.21 KB
File Type pdf
Create Date January 20, 2019
Last Updated January 20, 2019
Download

Program Pembangunan Ruminan (PROPER) dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan populasi induk pembiak ternakan ruminan (lembu, kambing, bebiri) bagi meningkatkan populasi ternakan, pengeluaran daging dan seterusnya pendapatan penternak.
Syarikat atau individu yang mempunyai pengalaman, keupayaan teknikal dan kewangan yang mencukupi bagi melaksanakan penternakan dalam bidang ini boleh memohon menyertai program ini.

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut;
Pemohon hendaklah:
1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur 21 tahun hingga 50 tahun pada 1 Januari tahun permohonan;
3. Perternak sedia ada yang berdaftar dengan e-permit 2 atau e-vetpermit, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia;
4. Mempunyai modal tunai sekurang-kurangnya 10% daripada nilaian bantuan PROPER;
5. Mempunyai pengalaman menternak ternakan ruminan tidak kurang daripada 3 tahun dan masih aktif beroperasi;
6. Mempunyai kawasan tanaman foder sekurang-kurangnya 2 ekar dan/atau kawasan ragutan 10 ekar(bagi penternakan integrasi) serta mempunyai surat pemilikan/surat kebenaran/surat perjanjian yang berkaitan bagi pembuktian status kawasan penternakan; dan
7. Mempunyai kandang menternak yang mampu menampung tambahan ternakan yang diterima.

Pemohon boleh memohon secara atas talian di laman sesawang http://svm.dvs.gov.my/apps/proper/index.html pada 16 Januari 2018 hingga 16 Februari 2019. Syarat kelayakan penuh dinyatakan di laman sesawang

Maklumat Lanjut Sila Hubungi :
03-88702432 / 2415 / 2455
www.dvs.gov.my