PERTANDINGAN TERNAKAN KACUKAN PEJANTAN UNGGUL 2019

(Last Updated On: June 18, 2019)

Version
Download 15
Total Views 151
Stock
File Size 120
File Type pdf
Create Date June 18, 2019
Last Updated June 18, 2019
Download

Syarat-syarat Pertandingan:

1. Penyertaan dari peringkat jajahan akan dikendalikan oleh Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan masing-masing. Borang pertandingan boleh didapati di semua PPVJ yang berdekatan atau di Seksyen Teknologi Pembiakan Dan Pembakaan JPV Negeri Kelantan.

2. Pihak PPVJ/Ketua seksyen teknologi pembiakan dan pembakaan negeri dikehendaki memperakui bahawa ternakan tersebut layak untuk dipertandingan/pemilihan keperingkat negeri dan mewakili jajahan masing-masing. Hanya penyertaan yang dipilih dan diangkat oleh PPVJ sahaja akan ke pertandingan HPPNK 2019.

3. Panel Hakim terdiri daripada seorang Ketua Hakim dan dibantu oleh 5 orang Hakim yang mahir dengan Skor Pemarkahan.

4. Hadiah dan sijil penyertaan akan diberikan kepada 3 peserta terbaik peringkat akhir.

5. Pihak JPV Negeri Kelantan dipertanggungjawabkan sepenuhnya keatas pengangkutan pergi dan balik serta segala kebajikan ternakan yang berkenaan semasa pertandingan/pameran.

6. Penternak adalah dikehendaki membuat pendaftaran ternakan dan suntikan kawalan penyakit melalui PVJ masing-masing.

7. Ternakan yang akan dipamer adalah dikehendaki mempunyai permit pindah dari PVJ masing-masing.

8. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kecederaan atau kematian ternakan yang
dipertandingkan.

9. Tuan punya ternakan digalakkan mengambil insuran untuk ternakan yang menyertai pertandingan ini.

10. Pihak penganjur juga tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kemalangan, kecederaan atau kematian pada seseorang atau sebarang kerosakkan yang berlaku berpunca dari ternakan yang dipertandingkan itu.

11. Peserta-peserta mestilah sentiasa bersama ternakan mereka semasa pengadilan dijalankan.

12. Keputusan pengadil adalah muktamad.

13. 5 perserta ternakan terbaik akan dipamerkan di tapak pameran Ternakan HPPNK