Kursus Asas Penternakan Arnab

(Last Updated On: December 5, 2018)

Telah berlangsung Kursus Asas Penternakan Arnab pada 23 Oktober 2018 (Selasa) bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang, bertempat di Dewan Kuliah, Pusat Transformasi Luar Bandar – RTC Kelantan, Kota Bharu, Tunjung.

Bermula dengan pendaftaran peserta pada pukul 8.00 pagi diikuti dengan bacaan doa, ucapan aluan oleh Ketua Unit Latihan & Pembangunan Kerja dan seterusnya ucapan perasmian oleh Timbalan Pengarah Bahagian Industri Ternakan, JPV Negeri Kelantan.

Majlis diteruskan dengan Ceramah 1 (Peranan Jabatan Dalam Industri Penternakan Arnab) yang telah disampaikan oleh Puan Noor Shalila binti Abd. Razak, Ketua Unit Aneka Haiwan, JPV Negeri Kelantan.

Ceramah 2 (Pengenalan dan Pengurusan Arnab) dibentang oleh Puan Nurzillah binti Maliki, Pegawai Penyelidik, Unit Arnab, IVM, Keluang.

Ceramah 3 (Pengurusan Asas Penternakan Arnab) oleh Puan Norzie binti Ismail, Penolong Pegawai Veterinar, Unit Arnab IVM, Keluang

Ceramah 4 (Kaedah Pembiakbakaan Arnab), En. Mohd Ismawandi bin Mohd Nor, STTP, JPV Negeri Perak.

Dan yang terakhir, Ceramah 5 (Produk Hiliran dan Kaedah Penyembelihan Arnab) telah diketengahkan oleh Haji Zailani bin Haji Hussin, Ketua Unit IATn JPV Negeri Kelantan.

Majlis berakhir dengan Amali kaedah pembiakbakaan arnab dan minum petang.