Kursus Asas Penternakan Puyuh 2019

(Last Updated On: September 10, 2019)

MACHANG – 27 Ogos 2019, Kursus Asas Penternakan Puyuh 2019 telah diadakan di Dewan Kuliah KTS (Kawasan Tumpuan Sasaran) Machang, Kelantan. Seramai 34 orang peserta telah berpeluang menyertai kursus tersebut dengan jayanya. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh En. Nik Badrol Hisham bin Nik Jaafar (Ketua Unit Unggas), Tuan Haji Azemi bin Mahmood (Penolong Pegawai Veterinar, Unit Unggas) En. Baharuddin bin Omar (Ketua Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan Jeli) dan Dr. Khairun Anisa binti Mat Yazid (Bahagian Kesihatan).