Kursus Asas Ternakan Arnab 2019

(Last Updated On: September 10, 2019)

KOTA BHARU – Telah berlangsung Kursus Asas Ternakan Arnab di Dewan Kuliah Institut Latihan FAMA, Kota Bharu pada 18 Julai 2019. Seramai 84 peserta daripada kalangan penternak telah mengikut kursus tersebut. Taklimat dan Demonstrasi penyembelihan dan melapah bulu arnab telah dilaksanakan oleh Tuan Haji Zailani bin Hj Hussin, Ketua Unit IATn Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan. Peserta juga turut diberi peluang untuk mencuba kaedah penyembelihan dan melapah bulu arnab tersebut dengan bimbingan pegawai jabatan.