Kurus Penghasilan Baja Organik

(Last Updated On: December 10, 2017)

Pada 27 November 2017 (Isnin) bertempat di Wisma Purnama, Wakaf Bharu, Tumpat, satu Kurus Penghasilan Baja Organik anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan telah diadakan.

Kursus tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 1.00 petang. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepada pengusaha termasuk pegawai mengenai cara-cara penghasilan baja organik.

Ceramah Teknik Mudah Pemprosesan Baja Bio-Organik tersebut disampaikan oleh Tuan Haji Hassan bin Zainuddin, Bahagian Perancang & Penilaian JPVNK.

Latihan amali penyediaan baja bio-organik juga turut ditunjukkan kepada para peserta yang hadir.