Majlis Persaraan Kakitangan & Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1440H

(Last Updated On: September 10, 2019)

KOTA BHARU – Pada 2 Julai 2019 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan telah menganjurkan Majlis Persaraan Kakitangan & Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1440H. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBrs Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan, Dr. Suratan bin Kamarudin dan diteruskan dengan ucapan wakil dari kakitangan yang bersara. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari sempena hari raya Aidilfitri 1440H.