Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih

(Last Updated On: September 10, 2019)

KOTA BHARU – 18 JULAI 2019/KHAMIS, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Negeri Kelantan telah mengadakan Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih bagi meraikan kenaikan pangkat ke Gred JUSA C dan sekaligus majlis pertukaran Pengarahnya Dr. Suratan bin Kamarudin ke Ibupejabat DVS di Putrajaya. Beliau akan menggalas tugas sebagai Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Komoditi Ternakan.

Seluruh warga DVS Negeri Kelantan mengucapkan tahniah serta merakamkan setinggi tinggi penghargaan terhadap jasa dan komitmen beliau yg telah berkhidmat selama 7 tahun di negeri ini. Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati, mengetik ‘thumb print’ keluar yg terakhir dan bergambar untuk kenang kenangan.