RANCANGAN MALAYSIA KE-6

(Last Updated On: April 13, 2017)

PENCAPAIAN PROGRAM PEMBANGUNAN JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN NEGERI KELANTAN DALAM RANCANGAN MALAYSIA KE ENAM (1991-1995)

PRESTASI KEWANGAN
1. HASIL
Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke Enam (1991-1995) Jabatan perkhidmatan Haiwan telah berjaya meyumbangkan sebanyak RM 1633,752.61 kepada hasil Kerajaan Negeri.Peningkatan pungutn hasil meningkat dengan kadar 11.57 % setahun dari RM259,922.75 pada tahun 1991 kepada RM 410,280.98 tahun 1995.

 

Jadual : Pungutan Hasil Negeri 1991-1995

 

PERUNTUKAN PEMBANGUNAN

Bagi melaksanakan program dan projek-projek pembangunan ternakan dalam Rancangan Malaysia Ke Enam(RMK-6) Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Kelantan mendapat dua sumber pembiayaan dari peruntukan kerajaan negeri dan persekutuan.

PERUNTUKAN PEMBANGUNAN NEGERI
Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke Enam (1991-1995) Jabatan perkhidmatan Haiwan telah mendapat peruntukan dari Kerajaan Negeri sebanyak RM6,663,240.00. Sebanyak RM 5,965,780.34 atau 89.94 % telah dibelanjakan.Projek-projek pembangunan yang dibiayai dibawah peruntukan pembangunan negeri adalah seperti berikut:-
  • Rancangan Operasi Induk Anak lembu
  • Rancangan Perkembangan Perusahaan Lembu dan Kambing Tenusu
  • Rancangan Pemeliharaan kambing dan Bebiri
  • Rancangan Perkembangan Perusahaan Pedaging
  • Rancangan pembakaan
  • Rancangan Perintis Pemeliharaan Rusa
  • Rancangan Pembangunan Pusat Perkhidmatan Haiwan dan Promosi Hasil Ternakan.
Jadual: Peruntukan Pembangunan Negeri 1991-1995

 

Carta Turus: Peruntukan Pembangunan Negeri 1991-1995

 

PERUNTUKAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN

Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke Enam (1991-1995) Jabatan Perkhidmatan Haiwan telah mendapat peruntukan dari Kerajaan Persekutuan sebanyak RM3,810,500.00.Sebanyak RM 3,610,423.29 atau 94.74 % telah dibelanjakan

Jadual: Peruntukan Pembangunan Persekutuan 1991-1995

 

Carta Turus: Peruntukan Pembangunan Persekutuan 1991-1995

 

BANCIAN TERNAKAN
Secara keseluruhannya dalam tempoh 1991-1995 populasi semua jenis ternakan menurun kecuali ayam daging dan puyuh yang menunjukkan peningkatan.

 

Jadual: Bancian Ternakan Negeri Kelantan 1991-1995

 

Populasi lembu pedaging telah menurun secara purata sebanyak 7.84 % dari 161,361 ekor kepada 148,717 ekor dalam tempoh 5 tahun(1991-1995).

Carta Turus: Bancian Lembu Pedaging Negeri Kelantan 1991-1995

 

Populasi kerbau telah menurun secara purata sebanyak 4.26 % dari 17,243 ekor kepada 13,668 ekor dalam tempoh 5 tahun(1991-1995).

Carta Turus: Bancian Kerbau Negeri Kelantan 1991-1995

 

Carta Turus: Bancian Lembu Tenusu Negeri Kelantan 1991-1995

 

Populasi kambing telah menurun secara purata sebanyak 2.08 % dari 60,433 ekor kepada 54,133 ekor dalam tempoh 5 tahun(1991-1995).

Carta Turus: Bancian Kambing Negeri Kelantan 1991-1995

 

Populasi bebiri telah menurun secara purata sebanyak 1.78 % setahun dari 48,830 ekor kepada 44,489 ekor dalam tempoh 5 tahun(1991-1995).

Carta Turus: Bancian Bebiri Negeri Kelantan 1991-1995

 

Populasi ayam daging telah meningkat secara menegak dengan purata sebanyak 28.20 % setahun  dari 376,515 ekor kepada 907,438 ekor dalam tempoh 5 tahun(1991-1995).

Carta Turus: Bancian Ayam Daging Negeri Kelantan 1991-1995

 

Populasi ayam telur  telah menurun secara purata sebanyak 7.58 % setahun dari 23,819 ekor kepada 14,794 ekor dalam tempoh 5 tahun(1991-1995).

Carta Turus: Bancian Ayam Telur Negeri Kelantan 1991-1995

 

PENGGUNAAN DAGING LEMBU 1991-1995
Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke Enam (1991-1995) penggunaan daging lembu/kerbau Negeri Kelantan telah meningkat sebanyak 4,699.27 tan metrik dari 2,886.52 tan metrik pada tahun 1991 kepada 7,585.79 tan metrik tahun 1995 dengan purata kadar peningkatan sebanyak  32.56 % setahun.
Penggunaan perkapita daging lembu juga turut meningkat sebanyak  3.86 kg. dari 2.7 kg pada tahun 1991 kepada 6.56 kg. tahun 1995 dengan kadar purata peningkatan sebanyak 28.59 % setahun.
Walau bagaimana pun kadar saradiri daging lembu/kerbau telah merosot dengan ketara sebanyak 45.31 peratus dari 105.8 % kepada 60.49 %.
Jadual : Penggunaan Daging Lembu Negeri Kelantan 1991-1995

 

Carta Turus : Penggunaan Daging Lembu Negeri Kelantan 1991-1995

 

Carta Turus : Saradiri Daging Lembu Negeri Kelantan 1991-1995

 

Carta Turus : Penggunaan Perkapita Daging Lembu Negeri Kelantan 1991-1995

 

PENGGUNAAN DAGING KAMBING DAN BEBIRI 1991-1995
Secara keseluruhannya dalam tempoh 1991-1995 penggunaan daging kambing dan bebiri adalah dalam jajaran yang hampir stabil antara 99.30 tan metrik hingga 102.07 tan metrik setahun.
Saradiri dan penggunaan perkapita daging kambing/bebiri Negeri Kelantan juga menunjukkan perggerakan dalam jajaran yang stabil iaitu 90.04 % hingga 100 % bagi saradiri dan penggunaan perkapita pula diantara 0.07-0.08 kg.
Jadual : Penggunaan Daging Kambing/bebiri Negeri Kelantan 1991-1995

 

Carta Turus : Penggunaan Perkapita Daging kambig/bebiri Negeri Kelantan 1991-1995

 

Carta Turus : Penggunaan Perkapita Daging kambig/bebiri Negeri Kelantan 1991-1995

 

Carta Turus : Saradiri Daging Kambing/bebiri Negeri Kelantan 1991-1995

 

PENGGUNAAN DAGING AYAM NEGERI KELANTAN 1991-1995
Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke Enam (1991-1995) penggunaan daging ayam Negeri Kelantan telah meningkat sebanyak 77.36 % dari   dari 12,710.00 tan metrik pada tahun 1991 kepada 22,542.00 tan metrik tahun 1995 dengan purata kadar peningkatan sebanyak  15.47 % setahun.
Penggunaan perkapita daging ayam juga turut meningkat sebanyak 5.07 kg. dari 13.11 kg pada tahun 1991 kepada 18.18 kg. tahun 1995 dengan kadar purata peningkatan sebanyak 7.73 % setahun.
Penggunaan perkapita daging ayam Negeri Kelantan menunjukkan perggerakan dalam jajaran yang stabil iaitu antara 98.49 % hingga 98.77 %.
Jadual : Penggunaan Daging Ayam Negeri Kelantan 1991-1995

 

Carta Turus : Penggunaan Daging Ayam Negeri Kelantan 1991-1995

 

Carta Turus : Perkapita Daging Ayam Negeri Kelantan 1991-1995

 

Carta Turus : Saradiri Daging Ayam Negeri Kelantan 1991-1995

 

PENGGUNAAN TELUR AYAM/ITIK NEGERI KELANTAN 1991-1995
Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke Enam (1991-1995) penggunaan daging ayam Negeri Kelantan telah meningkat sebanyak 77.36 % dari   dari 12,710.00 tan metrik pada tahun 1991 kepada 22,542.00 tan metrik tahun 1995 dengan purata kadar peningkatan sebanyak  15.47 % setahun.

Penggunaan perkapita daging ayam juga turut meningkat sebanyak 5.07 kg. dari 13.11 kg pada tahun 1991 kepada 18.18 kg. tahun 1995 dengan kadar purata peningkatan sebanyak 7.73 % setahun.

Penggunaan perkapita daging ayam Negeri Kelantan menunjukkan perggerakan dalam jajaran yang stabil iaitu antara 98.49 % hingga 98.77 %.

Jadual : Penggunaan Telur Ayam/Itik Negeri Kelantan 1991-1995

 

Carta Turus : Penggunaan Telur Ayam/Itik Negeri Kelantan 1991-1995

 

Carta Turus : Perkapita Telur Ayam/itik Negeri Kelantan 1991-1995

 

Carta Turus : Saradiri Telur Ayam/itik Negeri Kelantan 1991-1995

 

JUMLAH PENGELUARAN KOMODITI TERNAKAN PERINGKAT LADANG NEGERI KELANTAN 1991-1995
Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke Enam (1991-1995) jumlah pengeluaran komoditi ternakan peringkat ladang Negeri Kelantan telah meningkat sebanyak 55.79 % dari   dari 19,144.14 tan metrik pada tahun 1991 kepada 29,825.57 tan metrik tahun 1995 dengan purata kadar peningkatan sebanyak  11.16 % setahun.
Peningkatan terbesar jumlah pengeluaran komoditi peringkat ladang dalam tempoh 1991-1995    disumbangkan oleh  komoditi daging ayam sebanyak 9,647 tan atau 90.32 % .
Pengurangan komoditi daging itik bergerak secara merosot dengan kadar yang merudum dari 100.00 tan metrik kepada 7.00 tan metrik atau sebanyak 93.00 % dalam tempoh 1991-1995.
Jadual : Jumlah Pengeluaran Komoditi Ternakan Negeri Kelantan 1991-1996

 

Carta Turus : Pengeluaran Daging Lembu Peringkat Ladang 1991-1995

 

Carta Turus : Pengeluaran Daging Kerbau Peringkat Ladang 1991-1995

 

Carta Turus : Pengeluaran Daging Kambing Peringkat Ladang 1991-1995

 

Carta Turus : Pengeluaran Daging Bebiri Peringkat Ladang 1991-1995

 

Carta Turus : Pengeluaran Ayam Daging Peringkat Ladang 1991-1995

 

Carta Turus : Pengeluaran Daging Itik Peringkat Ladang 1991-1995

 

Carta Turus : Pengeluaran Telur Ayam Peringkat Ladang 1991-1995

 

Carta Turus : Pengeluaran Telur Itik Peringkat Ladang 1991-1995