Rancangan Malaysia Ke-9

(Last Updated On: July 5, 2017)

PERUNTUKAN

PENCAPAIAN PROGRAM PEMBANGUNAN INDUSTRI TERNAKAN RMK-9 (2006-2010)

 

 

Dalam tempoh Rancangan Malaysia ke Sembilan(2006-2010) nilai pengeluaran komoditi ternakan Negeri Kelantan  diperingkat ladang sebanyak RM 1,296.48 juta. Daging ayam adalah penyumbang terbesar kepada nilai pengeluaran iaitu sebanyak 68.84 % atau RM 892.49 juta. Komoditi daging lembu/kerbau adalah penyumbang yang kedua terbesar iaitu sebanyak 24.71 % dengan nilai RM 320.38 juta dikuti oleh komoditi telur ayam/itik sebanyak 5.08 %.

 

 

PENCAPAIAN PENGELUARAN KOMODITI 2005-2015

Pengeluaran komoditi ternakan Negeri Kelantan 2005-2015 telah meningkat secara purata sebanyak 7.5% setahun dan putara penggunaan juga turut meningkat 4.1 % setahun.Manakala tahap sara diri 54.4 % pada tahun 2015.

 

 

KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN SKIM PAWAH LEMBU PERUNTUKAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN DI SEPANJANG TEMPOH RMK-9.

RINGKASAN
Penilaian ini bertujuan untuk mengukur sejauh mana keberkesanan  projek untuk kesejahteraan rakyat anjuran  pihak Kerajaan dalam rangka untuk membantu  golongan sasar yang ditetapkan di sepanjang tempoh RMK-9 (2006-2010)

Penilaian ini telah memberi jawapan secara fakta  kepada beberapa persoalan  yang selama ini sering dibangkitkan secara andaian  terhadap keberkesanan skim pawah. Berdasarkan kepada hasil penemuan penilaian yang dibuat, secara keseluruhannya pelaksanaan Skim Pawah Ternakan Jabatan bagi tempoh RMK-9 berada pada tahap MEMUASKAN

Sebagai sebuah projek kesejahteraan rakyat, Skim Pawah Ternakan ini telah mampu memenuhi objektif tertentu sebagaimana  yang telah ditetapkan. Bagaimanapun terdapat beberapa aspek pelaksanaan yang perlu ditambahbaik bagi menjamin keberkesanannya di masa-masa akan datang.

PENGENALAN TENTANG SKIM BANTUAN PAWAH  TERNAKAN
“Pawah Ternakan“ merupakan suatu istilah yang begitu sinonem dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Skim Bantuan Pawah Ternakan bermaksud bantuan yang berbentuk kredit induk ternakan sama ada lembu, kerbau, kambing atau bebiri yang diberikan kepada penternak untuk dipelihara. Setiap pemberian bantuan akan disertai dengan perjanjian bertulis yangmana syarat-syaratnya perlu dipatuhi oleh kedua-dua pihak, iaitu Jabatan Perkhidmatan Haiwan bagi pihak Kerajaan dan penternak.

Perjanjian pawah ini akan dianggap tamat atau selesai setelah penternak berjaya mengembalikan seekor anak sama ada betina atau jantan dewasa bagi setiap ekor induk yang diterima. Perjanjian juga akan dikira tamat sekiranya berlaku kematian induk, kehilangan, penyingkiran dan lain-lain alasan yang diperakui oleh pihak Jabatan.

Skim bantuan pawah ini merupakan salah satu dari produk terawal yang ditawarkan kepada golongan penternak selaku pelanggan Jabatan dan sehingga kini dianggap masih relevan dan menjadi medium berkesan untuk menghubungkan pihak Jabatan dengan penternak. Di Negeri Kelantan, skim ini telah mula dilaksanakan seawal Tahun 1961.Bantuan pawah yang diberikan berbentuk sama ada pawah baru atau pawah semula. Pawah baru bermaksud induk ternakan yang dibeli oleh Jabatan dan dibekalkan kepada penternak yang berkaitan. Manakala pawah semula bermaksud anak betina dewasa hasil dari pawah yang diambil dari seseorang penternak bagi tujuan menamatkan perjanjian dan diberi pawah semula kepada penternak lain.

Diantara objektif skim pawah ini adalah untuk memperluaskan aktiviti menternak di kalangan rakyat miskin di luar bandar, menambah pendapatan sampingan penternak serta membantu meningkatkan pengeluaran daging tempatan.

Walaupun telah sekian lama dilaksanakan, sehingga kini belum terdapat kajian secara khusus mengenai kesan dari pelaksanaan skim tersebut. Apa yang kita temui hanyalah penilaian yang dibuat yangmana  lebih kepada andaian yang samar, tanpa didasarkan kepada fakta-fakta yang lengkap.

LATARBELAKANG KAJIAN

Skop Penilaian :

  1. Penilaian dibuat ke atas pelaksanaan Skim Pawah Ternakan di seluruh Negeri Kelantan (Peruntukan Pembangunan Negeri)
  2. Agihan  antara tahun 2006 hingga 2010 (RMK-9)
  3. Pawah lembu sahaja

OBJEKTIF PENILAIAN

  1. untuk mendapatkan gambaran tahap kemajuan terkini Skim Pawah Ternakan Jabatan
  2. untuk menilai sumbangan skim ini di dalam konteks pembangunan industri ternakan.
  3. untuk mengemaskini parameter penting yang dijadikan sebagai penanda aras dalam pengurusan Skim Pawah Ternakan
  4. untuk mengenalpasti cabaran atau halangan serta mencadangkan norma-norma kerja yang sesuai di mana perlu untuk penambahbaikan dalam pengurusan projek-projek Jabatan.

KAEDAH  PENILAIAN  

  1. Analisis ke atas data dalam Sistem Maklumat Pawah Jabatan (SISMAP)
  2. Soalselidik
  3. Semakan rambang ke atas Buku Rekod Utama/Buku Pendaftaran Pawah (Master Record) & Surat Perjanjian Pawah
  4. Membuat perbandingan dengan hasil kajian pawah Jajahan Pasir Puteh yang dijalankan  pada tahun 2005 (selepas ini dirujuk sebagai PP’05)
  5. Menggunakan  pendekatan secara skala pemarkahan bagi menilai kemajuannya

Penilaian Secara  Skala Pemarkahan

% PENCAPAIAN TAHAP  PENILAIAN
85  – 100 CEMERLANG
70  –    84 AMAT BAIK
55  –    69 BAIK
40  –    54 MEMUASKAN
30  –    39 KURANG MEMUASKAN
<   30 LEMAH

Perbandingan Kajian PP’05 Dengan  RMK-9

PERKARA PP’05 RMK-9
1. Tempoh liputan 1968 – 2003 2006-2010
2. Skop Pasir Puteh sahaja Semua jajahan
3. Jumlah kes pawah

yang dianalisis

2,894 kes 2,354 kes
4. Sumber Rujukan VEINS(Pintaf), Rekod Utama, Soalselidik SISMAP, Rekod Utama, Soalselidik
5. Ternakan Lembu sahaja Lembu sahaja

PETUNJUK PRESTASI YANG DINILAI

  1. Kadar Penyelesaian Secara Umum
  2. Kadar Penyelesaian Secara Produktif (Gambaran kepada Tahap Kecekapan Kerja)
  3.  Kadar  Penyelesaian Perjanjian Dalam  Tempoh  Yang Menasabah (Gambaran kepada Tahap Kecekapan Kerja)
  4. Status Pawah Belum Selesai  (Gambaran kepada Keberkesanan Sistem Pengurusan Rekod).
  5.  Kadar Kelahiran Anak Pawah  Selesai  (Gambaran kepada Keberkesanan Sistem Pengurusan Rekod).
  6. Umur  Anak Pawah Untuk  Penyelesaian Perjanjian (Gambaran kepada pematuhan terhadap  syarat-syarat perjanjian pawah)
  7. Kadar Pulangan Ternakan  (Gambaran kepada produktiviti)
  8. Kadar Pulangan Nilai Ternakan  (Gambaran kepada produktiviti)

 

SKIM  PAWAH TERNAKANKERAJAAN NEGERI KELANTAN `ISU DAN CABARAN’

DEFINISI PAWAH TERNAKAN

Skim Bantuan Pawah Ternakan bermaksud bantuan yang berbentuk KREDIT INDUK TERNAKAN sama ada lembu, kerbau, kambing atau bebiri yang diberikan kepadapenternak untuk dipelihara.

OBJEKTIF SKIM PAWAH :

  • Untuk memperluaskan aktiviti menternak di kalangan rakyat miskin di luar bandar
  • Untuk menambah pendapatan sampingan penternak
  • Untuk membantu meningkatkan pengeluaran daging tempatan.

PERUNTUKAN PEMBANGUNAN  KERAJAAN NEGERI  UNTUK SKIM PAWAH

PELAKSANAAN SKIM PAWAH

Setiap pemberian bantuan akan disertai dengan PERJANJIAN BERTULIS yang mana syarat-syaratnya perlu dipatuhi oleh kedua-dua pihak, iaitu :

Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi pihak KERAJAAN NEGERI & PENTERNAK selaku penerima bantuan Perjanjian pawah ini akan dianggap TAMAT atau selesai setelah penternak berjaya MENGEMBALIKAN SEEKOR ANAK SAMA ADA BETINA ATAU JANTAN DEWASA BAGI SETIAP EKOR INDUK YANG DITERIMA. Perjanjian juga akan dikira tamat sekiranya berlaku kematian induk, kehilangan, penyingkiran dan lain-lain alasan yang diperakui oleh pihak Jabatan.

Bantuan pawah yang diberikan berbentuk sama ada pawah baru atau pawah semula.

PAWAH BARU :

bermaksud induk ternakan yang dibeli oleh Jabatan menggunakan Peruntukan Pembangunan Negeri dan dibekalkan kepada penternak yang berkaitan.

PAWAH SEMULA :

bermaksud anak betina dewasa hasil dari pawah yang diambil dari seseorang penternak bagi tujuan menamatkan perjanjian dan diberi pawah semula kepada penternaklain.

KADAR PENYELESAIAN PAWAH

Bermaksud peratus perjanjian yang telah ditamatkan berbanding dengan jumlah keseluruhan ternakan yang diagih.Kadar penyelesaian secara umum belum lagimemberikan gambaran yang tepat terhadap prestasi sebenar skim pawah.Ia hanya mampu memberikan gambaran status sesuatu perjanjian itu, sama ada selesai ataubelum.Hanya penyelesaian secara produktif sahaja  yang mampu menggambarkan kejayaan atau kegagalan skim tersebut sama ada kepada pihak kerajaan ataupunpenternak selaku golongan sasar.

Kadar Penyelesaian Secara Umum (PU) :

Kadar PU = Jumlah Perjanjian Yang Telah Selesai     X  100
Jumlah Keseluruhan Perjanjian

PENYELESAIAN SECARA PRODUKTIF

Bermaksud peratus penyerahan balik anak jantan atau betina dewasa oleh pemawah kepada kerajaan bagi tujuan penamatan perjanjian berbanding dengan keseluruhan jumlah perjanjian yang selesai. Kaedah begini dianggap produktif kerana mampu mendatangkan pulangan hasil yang maksimum.

Kaedah seperti singkiran  tidak mendatangkan pulangan yang maksimum, manakala kematian atau hapus kira langsung tidak mendatangkan pulangan sama ada kepada kerajaan mahupun penternak dan cara ini dianggap sebagai penyelesaian yang tidak produktif.

Penyelesaian Secara Produktif (PP) = Jual AJ, Jual AB & PS
Penyelesaian Tidak Produktif (PTP) = Singkir, Induk Mati, Hapuskira
Kadar PP = (Jum. Jual AJ + Jum. Jual AB + Jum. PS)          X  100%
Jumlah  Perjanjian Yang Selesai

Tempoh penyelesaian yang menasabah  di sini bermaksud tempoh dimana perjanjian pawah dapat ditamatkan secara produktif dalam peratusan yang tinggi serta mendatangkan pulangan hasil yang juga tinggi. Penyelesaian perjanjian dalam tempoh yang sesuai boleh memberi  gambaran tentang kemajuan sesuatu skim pawah itu. Penyelesaian yang terlalu cepat mungkin menggambarkan cara penyelesaian yang tidak produktif seperti induk mati atau hilang sebelum melahirkan anak, atau induk kemalangan atau disingkir yangmana tidak mendatangkan pulangan kepada kerajaan dan penternak.

Penyelesaian dalam tempoh yang singkat mungkin berlaku secara produktif, iaitu melalui penyerahan anak jantan atau betina, tetapi hasilnya mungkin tidak optimum disebabkan anak-anak yang masih di bawah had umur penyelesaian dan rendah nilainya

KADAR  PULANGAN PAWAH

Kadar Pulangan Pawah bermaksud apa  yang akan diperolehi oleh Jabatan sama ada dalam bentuk ternakan atau nilai ternakan yang dapat diselesaikan perjanjiannya  secara produktif berbanding dengan jumlah ternakan atau nilai ternakan yang diberi pawah.

Pulangan Pawah Dalam Bentuk Jumlah Ternakan (PPQ) = Jumlah ternakan PP + Peluang ternakan PP (yang ada di tangan penternak yang belum selesai)

Peluang ternakan PP di tangan penternak :

70% bagi tempoh perjanjian < 5 tahun & 50% bagi tempoh perjanjian 5 – 10 tahun

Kadar PPQ  = (Jumlah ternakan PP + Peluang ternakan PP) X 100%

Jumlah Keseluruhan Ternakan Diberi Pawah =  Jum. Ternakan Selesai  Secara Produktif + ( Ternakan Belum Selesai < 5 Thn x 70%) + ( Ternakan Belum Selesai > Thn x 50%) X 100%

Jumlah Keseluruhan Ternakan Diberi Pawah = ( 1,180 + 155 + 383) X 100%
= 2,354 =  73%

 

KADAR  PULANGAN NILAI  TERNAKAN PAWAH

Pulangan Pawah Dalam Bentuk Nilai Ternakan (PPN) =

Nilai ternakan PP + Peluang  nilai ternakan PP (yang ada di tangan penternak yang belum selesai)

Kadar PPN  = (Nilai ternakan PP + Peluang Nilai Ternakan PP)    X 100%
Nilai  Keseluruhan Ternakan Diberi Pawah
= RM (907,925   +  599,99)      X  100%
RM 2,793,479
= 54%

 

ISU & CABARAN