Seminar Pengembangan Veterinar Negeri Kelantan 2017

(Last Updated On: November 21, 2017)

Telah berlangsung Seminar Pengembangan Veterinar Kelantan 2017 pada 14-15 November 2017 di Emaslink Pacific Hotel, Kota Bharu, Kelantan. Perasmian penutup bagi program tersebut dibuat oleh YB Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Negeri Kelantan.

Seminar tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada semua warga veterinar yang hadir mengenai beberapa topik penting yang telah dipilih, iaitu :

KERTAS 1 – Transformasi Jabatan Veterinar.
KERTAS 2 – Bebas FMD Tahun 2020.
KERTAS 3 – Pembangunan Ruminan.
KERTAS 4 – NAIMbif.
KERTAS 5 – HPAI (Lessons Learned).
KERTAS 6 – Potensi IATN.
KERTAS 7 – Status dan Hala Tuju Pembangunan Tenusu Di Negeri Kelantan.
KERTAS 8 – Pensijilan Industri Ternakan.

Kertas-kertas pembentangan tersebut telah disampaikan oleh ketua-ketua unit yang berkaitan. Seminar ini sangat penting terutama kepada warga-warga baru JPVNK kerana pembentang banyak menceritakan pengalaman dan pengajaran yang boleh diambil dalam mengendalikan sesuatu isu.

Terima kasih diucapkan kepada semua pembentang dan tahniah kepada urusetia dan jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan seminar tersebut.